When you support small business, you're supporting a dream

Month: January 2017

Cara mendapat idea menulis blog(dalam BM pun dia terima)

Cara mendapat idea menulis blog(dalam BM pun dia terima)

Sejak blog ni dibuat, banyak entri² blog yang sebelum ni sebenarnya banyak di’update’ semula dari entri² blog yang lama. Kebanyakan kisah-kisah yang dah dikemaskini sebenarnya diambil dari kisah-kisah yang rasa sayang nak buang dari memori. Jadi, mulai harini eloklah rasanya kalau aku mula menulis entri blog yang… read more

Kata-kata mutiara: Edisi Jepun

Kata-kata mutiara: Edisi Jepun

KATA-KATA MUTIARA MINGGU INI… Ayat ni kerap didengar dalam drama “Asa Ga Kita” tapi dalam drama tu dia ubah sikit ayatnya jadi “Fall down 9 times, stand up 10” yang ditujukan pada Asa(watak utama dalam drama tu). Kalau tak silap, maksud ayat ni… jangan cepat berputus… read more

Edit gambar dari muka masam jadi manis di Photoshop

Edit gambar dari muka masam jadi manis di Photoshop

Ini antara tips yang sentiasa digunakan masa nak mengedit gambar tudung. Kadang-kadang bila ada masa free dan terlebih rajin nak mengedit gambar, aku akan cuba buatkan patung tu tersenyum seindah suria. Mungkin dengan senyuman manis itu, mungkin ada yang terpikat nak membeli. Sekarang, jom kita tengok apa yang kita perlu buat untuk membuatkan gambar seseorang yang bermuka masam boleh tersenyum kembali.

 

Mula-mula sekali kita buka photoshop dan klik ‘Rectangular Marquee Tool’

Selepas tu, tarik ‘mouse’ sampai bentuk segiempat (tumpukan pada bahagian mulut)

‘Right click’ dan klik ‘Layer via copy’ dan lepastu tekan ‘Ctrl+T’

Klik yang dalam bulatan merah tu dan secara automatik akan keluar garisan empat segi seperti yang ditunjukkan diatas.

Klik dan tarik pada ‘titik noktah’ pada garisan tu dan tarik ke atas sampai mulut tu seolah-olah tersenyum.

Bila dah puas hati dengan senyuman tu, tekan ‘enter’ dan kemudian klik ‘Eraser Tool’.

Tujuan ‘Eraser Tool’ ni untuk memadamkan segala kesan perubahan yang kita buat tadi. Klik-kliklah mana yang patut.

Dah siap! Korang boleh je buat senyuman dia over tapi rasanya macamni pun dah cukup.

Bila sebut pasal senyum² ni, teringat pulak lagu ‘Senyum Seindah Suria’. Lalalalaa…..

Pasta pedas yang mudah dan sedap

Pasta pedas yang mudah dan sedap

Dalam banyak² masakan, masakan western lah yang paling senang nak masak. Tapi kalau kita nak beli kat luar, harga dia boleh tahan mahal sebab kebanyakan bahan-bahan yang dijual kat negara kita ni mahal. Tu belum termasuk masuk lagi tax restoran dan gst lagi. Semalam disebabkan terlampau rajin,… read more

Pengalaman kali pertama menjahit baju

Pengalaman kali pertama menjahit baju

Belek-belek entri blog lama, terjumlah entri ni pasal kali pertama alter dan jahit baju terpakai. Bila baca balik entri lama ni rasa nak tergelak pun ada. Nampak sangat tak pandai menjahit tapi masih nak mencuba dan cuba lagi… mungkin dari sikap tulah ilmu jahitan tu boleh… read more