4 Akaun Instagram Yang Memberi Inspirasi – Sulaman Tangan

Kalau saya tengok ‘instagram feed’, akaun yang berkaitan dengan sulaman tangan adalah antara yang paling ‘favorite’ sekali. HappyCactusDesigns adalah antara instagram yang fokus pada sulaman tangan khususnya sulaman bunga yang halus yang memakan masa yang sangat lama untuk membuatnya. Kebanyakan sulaman bunga yang dibuat berdasarkan teknik asas tapi… ianya perlu disiplin yang tinggi untuk menyiapkannya. Kebanyakan hasil sulamannya dibuat sarung bantal.

Hopebroidery memfokuskan pada sulaman tangan yang ‘simple’ dan kebanyakan tekniknya boleh diikuti untuk ‘beginner’. Selain gambar hasil² sulamannya, ada juga video yang menunjukkan macammana dia menyulam.

Zezehandcraft lebih fokus pada sulaman tangan yang berbentuk abjad. Terdapat pelbagai ‘kata-kata mutiara’ yang disulam setiap minggu.

Ini antara sulaman tangan yang paling unik! Times.new.romance lebih memfokuskan pada sulaman tangan yang berbentuk lakaran(sketch). Apa yang menarik, kebanyakan rambut yang disulam dibentuk dalam pelbagai stail seolah-olah rambut tersebut adalah rambut yang betul. Ini adalah antara sulaman tangan yang saya teringin sangat nak buat pada tahun ni.

 

Mesti ada yang terus nak add akaun instagram kat atas ni, kan. Kalau sudi, ‘add’ lah saya juga 😉

Sharing is caring!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge