5 Gambar yang Membuatkan Rindu pada Musim Luruh Terubat

(Terjumpa pokok yang daunnya berwarna merah menyala ketika berada di Kurashiki)

 

Biasanya bulan November macam sekarang adalah bulan ‘favourite’ untuk pergi bercuti. Tapi tahun ni tak ke mana-mana pun dan hanya mampu gigit jari je. Dalam keadaan menggigit jari tu, tiba-tiba terkenang balik waktu pergi Jepun tahun lepas dan tak pasal-pasal rasa rindu pulak nak ke sana. Bagi seseorang yang suka merujuk buku² jahitan Jepun, yang hobinya suka tengok movie² anime Jepun dan meminati drama² asadora, tak pelik kiranya orang tersebut sangat teringin untuk melawat negara Jepun(lagi).

Kalau dah biasa dok negara yang ‘summer’ sepanjang tahun(tapi nasib baik negara kita ni bercuaca panas dan lembap), keinginan untuk merasai negara 4 musim tu memang tidak boleh disangkal. Musim luruh adalah antara musim yang ter’favourite’ sekali sebab ambil gambar dalam musim macamni biasanya membuatkan kita nak ambil gambar lagi dan lagi dan lagi sampai terlupa nak ambil gambar benda lain. Masa pergi Jepun haritu terjumpa daun warna merah, daun warna jingga dan daun warna kuning yang memang orang sana panggil dah masuk kemuncak musim luruh.

Memang seronok ambil gambar bila terjumpa daun berwarna warni ni tapi yang tak bestnya kadang-kadang cuaca dia sejuk lain macam. Bila terlalu sejuk, barulah rasa bersyukurnya dok kat Malaysia dan masa tu barulah rasa betapa nikmatnya memegang cawan yang berisi air panas. Memang kalau pergi ke sana lagi, daun berwarna-warni itulah yang dicari dulu sambil dibelek-belek dan diambil gambar. Tapi ada orang kata pergi negara 4 musim kat mana-mana pun, biasanya gambar akan jadi cantik. Kat bawah ni antara gambar-gambar yang takde kaitan dengan daun berwarna-warni yang sempat diambil tapi masih mengingatkan betapa bestnya dan rindunya dengan musim luruh….

(Contoh pakaian yang biasa dipakai pada musim luruh-agaknyalah)

 

(Patung comel yang diperbuat daripada pasu di Kobe)

 

(Terjumpa beberapa kuntum bunga mawar di Kobe)

 

(Kerusi yang disediakan untuk temenung di tepi tasik Hiroshima)

 

 

Sharing is caring!




shares