5 Produk Kecantikan Yang Dipakai Sehingga Hampir Habis

Seronok pulak rasanya bila baca blog tentang ‘My Empties’ dari blogger² luar sebab dari situlah kita dapat lihat produk tu memang elok dipakai ataupun sebaliknya. Jadi, harini giliran saya pula nak tunjukkan 5 produk kecantikan yang dipakai sehingga hampir habis oleh saya sendiri. Adakah produk² tersebut berbaloi dipakai ataupun tidak? Adakah produk² tersebut akan dibeli lagi? Tanpa berlengah masa, jom kita tengok produk²nya seperti berikut:

Bio Essence 24K Bio-Gold Water

Ramai yang bagi ‘review’ mengatakan produk ni mudah meresap ke kulit kita dan semakin lama dipakai kulit kita akan nampak semakin bersih. Selain itu, produk ni mudah dipakai sebab kita memerlukan 2-3 titik sahaja dan tepuk-tepukkannya terus ke muka. Memang senang terjebaklah kalau mendengar ‘review’ macamtu sebab itulah ciri-ciri produk yang saya nak. Tak sangka pulak selepas hampir 7 bulan memakai Bio Essence 24K Bio-Gold Water ni, berjaya jugaklah habiskan satu botol.

Pengalaman memakai produk ni:

Selepas seminggu memakai produk ni, kulit muka berasa gatal-gatal. Disebabkan kulit ni bersifat sensitif, tak beranilah nak teruskan. Jadi, saya bagi produk ni kat mak. Tapi mak pun mengalami kegatalan kulit yang sama. Nak taknak saya pakai jugaklah produk ni dan Alhamdulillah semakin lama rasa gatal tu semakin hilang.

Hasilnya:

Kulit saya tak glowing seperti yang sesetengah orang rasakan tapi saya dapat rasakan kulit nampak sekata. Produk ni tidak melembapkan kulit kalau kita duduk dalam bilik aircond. Tapi kalau korang pernah mengalami masalah menggunakan pelembap apa pun kulit masih berminyak(maklumlah, cuaca negara kita ni panas), cubalah produk ni. Rasanya inilah pelembap yang sangat serasi dengan kulit orang kita.

Beli lagi ataupun tak:

50-50… kalau ada diskaun kaw-kaw baru beli kot. Tak beli pun takpe.

Biore Cleansing Oil

Ini adalah botol yang ke-5 yang saya beli. Jadi, Biore Cleansing Oil ini adalah cleansing oil yang tak boleh takde.

Pengalaman memakai produk ni:

Tertarik membeli produk ni pada awalnya sebab terpengaruh dengan ayat dia ‘Cleansing Oil No.1 in Japan’. Bila baca arahan memakai produk ni, dia tulis pulak boleh pakai cleansing oil ni walaupun tangan kita basah. Memang apa yang dikatakan semuanya betul dan produk ni wajib ada dalam simpanan. Wajib ada!

Hasilnya:

Muka bersih tanpa secalit mekap walaupun pakai ‘waterproof makeup’. Produk ni tak mengambil masa yang lama untuk membersihkan mekap kita.

Beli lagi ataupun tak:

Sudah semestinya nak beli lagi!

Hada Labo Tamagohada Mild Peeling Face Wash

Haritu terbaca satu web yang menceritakan tentang kebaikan AHA dan BHA dalam produk kecantikan. Disebabkan produk ni ada ciri-ciri tersebut, itu yang cepat² beli. Kebetulan masa tu ada sale pulak.

Pengalaman memakai produk ni:

Krim dia agak pekat dan kadang-kadang susah jugak nak picitkan ‘tube’ dia. Elok pakai sikit je sebab buih dia sangat banyak dan halus. Memang seronok nak basuh muka bila ada buih macamtu.

Hasilnya:

Masa mula-mula pakai, tak dinafikan yang kulit muka ni rasa kering. Mungkin sebab kesan ‘peeling’ dia. Tapi lama-kelamaan kulit muka akan jadi sediakala selepas dipakai dalam masa seminggu.

Beli lagi ataupun tak:

Mungkin tidak sebab saya dah bertukar pada pencuci muka lain dari ‘brand’ Ginvera Marvel Gel(selepas tahu skrub dia tu sangat berkesan).

Ginvera Marvel White Zero Blackhead Marvel Gel

Produk ni dibeli selepas ada yang mengesyorkannya di forum pada orang yang berkulit berjerawat tapi jerawat tak surut². Dia kata dia guna pelbagai produk dan Ginvera Marvel White Zero Blackhead Marvel Gel ni yang dapat mengecutkan semua jerawat kat muka dia. Haa… terpengaruh lagi. Tu yang terus beli! Apatah lagi masatu kulit pun tengah berjerawat.

Pengalaman memakai produk ni:

Walaupun produk ni dalam golongan ‘skrub’ tapi dia membersihkan kulit dengan sangat lembut. Kulit memang akan terasa segar dan licin selepas memakai produk ni. Tapi apa yang tak best pasal produk ni, bau dia tak berapa sedap. Tapi tak kisahlah asalkan tak merosakkan kulit. Selepas memakai beberapa kali, memang perasan kulit muka ni dah kurang berjerawat walaupun masa tu malas nak basuh muka.

Hasilnya:

Sudah diceritakan diatas 🙂

Beli lagi ataupun tak:

Sebelum produk ni habis dipakai, saya dah siap-siap beli 2 botol lagi masa ada sale haritu!

Canmake Japan Your Lip Only Changing Lip Gloss

Beli lipgloss ni di Jepun selepas ramai yang duduk di Jepun rekomenkan produk ni. Lagipun inilah cenderamata untuk diri sendiri yang sempat dibeli masa kat sana.

Pengalaman memakai produk ni:

Walaupun gloss dia berwarna jernih, bibir kita akan berwarna pink selepas memakainya. Saya bukannya peminat ‘lipgloss’ tapi inilah satu-satunya ‘lipgloss’ yang dipakai sehingga habis dan licin.

Hasilnya:

Bibir menjadi lembap dalam waktu yang lama. Memang tak beli dan tak terfikir nak membeli lip balm pun bila pakai ‘lipgloss’ ni.

Beli lagi ataupun tak:

Iye, memang nak beli kalau…. ADA SALE sebab harga dia kat sini mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan harga kat Jepun. Menyesal pulak tak beli semua warna masa kat sana haritu. Pernah sekali Guardian buat sale harga RM30 satu tapi waktu tu tak beli. Bila esoknya nak beli, harga jadi ke asal balik.

Bagitahulah ye… kalau nak produk² di atas ni di’review’ dan ditunjukkan secara detail setiap satu per satu. Biasanya bila produk tu dah selalu sangat dipakai, tak terfikir pun nak terangkan secara mendalam. Bila buat tajuk macamni, barulah kasih sayang tu dapat diluahkan.

Korang macammana pulak? Ada ke produk yang dipakai sehingga habis sebab itu je produk yang ada ataupun sebab produk tu memang ‘favorite’ korang. Tinggalkanlah jawapan didalam kotak komen dibawah ni ye 🙂

Sharing is caring!




shares