About Me

Hai semua dan selamat datang ke FadzBiz.com! Website ini dibuat untuk berkongsi tentang apa sahaja yang membuatkan saya gembira dan rasa terinspirasi. Sebab itulah ‘tagline’ website ini adalah ‘my happy place’.

Setiap bulan, saya akan mencabar diri untuk membuat sesuatu yang baru yang biasanya berkait rapat dengan dunia jahitan dan DIY. Sebagai contoh, pada bulan Disember 2017 saya telah menetapkan fokus pada teknik sulaman tangan dan sebab itulah banyak video menyulam telah di’upload’ di youtube sepanjang bulan tersebut. Kalau anda berminat nak memberi cabaran baru untuk saya, idea anda sangat dialu-alukan.

Selain daripada cabaran baru, setiap bulan saya akan berkongsi dengan anda tentang:

  • ‘Fadz’s List’ iaitu senarai tentang list² barang, video atau apa sahaja yang disukai pada bulan tersebut.
  • ‘Links I Love’ iaitu link website yang membuatkan saya terpesona membacanya.

Akhir sekali, saya juga akan ‘review’ tentang apa sahaja produk yang saya suka secara mendalam. Pendek kata, inilah tempat saya meluahkan apa sahaja benda yang membuatkan saya ‘happy’ dan semoga itu adalah ubat untuk meningkatkan tahap kesihatan saya.

Semoga blog ini bermanfaat. Jika nak berinteraksi dengan saya, sila isi ‘form’ dibawah ini. Jumpa lagi!