Apa itu Selvedge?

sel·vage
/’selvij/
Perasan tak, kalau kita beli kain ela, bahagian tepi kain biasanya akan dipotong mengikut ukuran yang kita nak. Haa… yang bahagian atas dan bawah kain itulah kita panggil ‘selvedge/selvage’. Dalam Bahasa Malaysia, tak pasti pulak nama dia apa(kalau ada yang tau, tolong bagitau apa namanya). Setiap kain ada dua bahagian ‘selvedge’ yang boleh dianggap ‘bahagian kain yang membazir’ sebab nak taknak, bahagian ni akan dipotong dan dibuang sebelum kita memotong untuk membuat projek jahitan kita.
Untuk nampak lebih jelas, gambar ni menunjukkan bentuk benang di bahagian ‘selvedge’.
Kalau tak pasti, tengok je bahagian mana yang ada tulisan kat kain ela tu. Ada yang tulis nama fabrik, ada yang tulis nama company dan ada jugak yang tak tulis langsung(yang ni pandai²lah cari sendiri) kat bahagian ‘selvedge’ ni. Biasanya sebelum menjahit, bahagian ‘selvedge’ ni biasanya akan dibuang. Tapi ada jugak yang tak buang sebab nak jimat kain ataupun malas nak buat ‘jahitan tepi-serger'(kalau jahit untuk diri sendiri bolehlah).
OK, itu saje penerangan tentang selvedge yang antara nama yang sangat penting yang kita perlu tahu sebelum kita mula menjahit.

Sharing is caring!