Cara Memasang Benang di Mesin Jahit

Selepas mendapat idea tentang tajuk blog yang dibincangkan semalam, terfikir juga apa yang akan di’update’ dalam video youtube nanti. Sebagai permulaan, dalam video ni saya nak tunjukkan macammana memasang benang ke mesin jahit. Video ni adalah sebahagian daripada ‘video membuat penanda buku’ haritu. Walaupun setiap orang akan mendapat buku manual(rasanya sekarang bagi cd je) bersama-sama mesin jahit yang dibeli, tak peliklah kalau ada lagi yang masih tak reti-reti nak masukkan benang dengan betul. Saya mengaku sayalah orangnya(pada 10 tahun yang lepas) dan sebab itulah saya ‘upload’ juga video yang ‘simple’ ni.

Masa mula-mula beli mesin jahit ni ada satu ‘step’ yang saya tertinggal dan jahitan memang jadi lain macam sikit. Dah lama barulah perasan yang saya terlupa nak masukkan benang ke dalam lubang iaitu sebelum ‘step’ memasukkan benang ke dalam jarum. Kalau kita tengok video yang macamni di youtube, memang ‘step’ itulah yang paling ditekankan sebab ramai yang terlupa nak masukkan benang kedalam lubang tu(rupa-rupanya bukan saya sorang je buat silap).

Lepastu, ada satu bahagian yang penting tak ditunjukkan dalam video ni. Sebelum menjahit, sepatutnya benang dari bobbin bawah mesti dinaikkan ke atas. Disebabkan dah buat benda tu awal-awal, caranya memang tak ditunjukkan dalam video. Harap-harap takdelah yang ramai tekan ‘dislike’ kat video tu. Nak komen memang tak boleh sebab komen dah ditutup.

Memang banyak lagi yang saya kena belajar untuk mahir dalam bidang jahitan ni. Yang penting, jangan takut membuat silap.

 

 

Sharing is caring!