Rezeki yang disyukuri

Cara membuat skrub bibir sendiri di rumah

Semalam, terjumpa satu botol vaseline yang dibeli entah bila dan nampak macam baru je pakai beberapa kali. Disebabkan vaseline ni masih banyak lagi dan belum expired, apa kata kita buat sesuatu yang boleh membuatkan kita pakai sehingga vaseline ni habis secepat mungkin. Fikir punya fikir, teringat ‘lip scrub’ a.k.a skrub bibir yang sangat susah nak jumpa di negara kita ni(kalau cari kat farmasi la). Jadi, harini, saya nak kongsikan cara membuat skrub bibir sendiri di rumah yang membolehkan kita menggunakan barang-barang yang ada di rumah.

Perkakas yang perlu sediakan adalah:

  • 1 sudu besar vaseline
  • 1-2 cm lip balm yang disukai
  • 1 bekas yang tak digunakan lagi(saya guna bekas contact lense)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar extra virgin olive oil
  • sudu dan garfu untuk mengacau bahan sehingga sebati(paling senang guna garfu).

Mula-mula, masukkan vaseline, lipbalm dan olive oil ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.

Beginilah rupanya bila dikacau sehingga sebati.

Selepas itu, kita masukkan satu sudu gula secara sedikit demi sedikit.

Caranya dengan meletakkan sedikit gula —> kacau —> gula —> kacau.

Dah siap! Selepas tu, bolehlah kita masukkan skrub bibir kita tu ke dalam bekas.

Cara nak memakai skrub bibir:

(1) Sapukan skrub bibir

(2) Sapukan sehingga rata ke seluruh bibir

(3) Lapkan menggunakan kain/tisu yang basah

(4) SIAP!

Skrub bibir ni boleh digunakan sehinggalah bahan-bahan yang kita masukkan tadi tu belum mencapai tarikh luput. Seelok-eloknya skrub ni dipakai sebelum dan selepas kita memakai lipstick ataupun lipbalm. Simpankan pada tempat yang suhunya tidak terlalu panas(jangan simpan dalam kereta). Boleh disimpan dalam peti sejuk tapi kemungkinan skrub ni akan keras sikit sebab olive oil akan mengeras jika dimasukkan dalam peti sejuk. Nanti dia akan ke bentuk asal balik kalau letak kat luar.

 

Kalau tak nak buat sendiri atau nak cuba yang ada di pasaran, bolehlah beli skrub bibir yang dijual secara online macam:

Tapi seronok lagi buat sendiri. OK, jumpa lagi 🙂




shares