Cara mendapat idea menulis blog(dalam BM pun dia terima)

Sejak blog ni dibuat, banyak entri² blog yang sebelum ni sebenarnya banyak di’update’ semula dari entri² blog yang lama. Kebanyakan kisah-kisah yang dah dikemaskini sebenarnya diambil dari kisah-kisah yang rasa sayang nak buang dari memori. Jadi, mulai harini eloklah rasanya kalau aku mula menulis entri blog yang ‘fresh’ tapi tak tahu pulak nak tulis pasal apa. Ini yang tak bestnya bila terkena wabak ‘writer’s block’.

Walaupun menulis blog adalah salah satu ‘ubat’ untuk aku hilangkan mood yang tak berapa baik, tapi bila dah takde idea untuk menulis ni boleh buat kita rasa agak tertekan juga. Kalau kita cari tips pasal ‘writer’s block’ ni di google, kita akan jumpa berjuta-juta hasil carian kat sana. Itu maksudnya ramai yang mengalami masalah yang sama sebab ramai yang menulis blog bukan sekadar suka-suka. Ada yang menjadikan menulis blog ni satu pekerjaan untuk mencari makan. Setakat ni, aku guna duit blog untuk maintain kan website je. Belum sampai tahap untuk mampu membeli barang lain lagi. Tapi memang betul lah… kalau kena dengan caranya, menulis blog ni boleh memberi hasil yang lumayan jugak. Tapi kenalah rajin menulis… dan itulah masalah besarnya. Bukan senang nak dapat idea menulis.

Disebabkan masalah ni dialami oleh ramai orang, terciptalah ‘Blog Topic Generator’ yang memberi kita idea tajuk² entri blog yang sesuai dengan topik yang kita nak sampaikan dalam blog kita. Apa yang best pasal BTG ni, dia FREE dan idea-idea yang dia bagi kebanyakannya adalah ‘search-friendly’ di google. Tapi buat masa ni hanya bahasa Inggeris sahaja yang ada. Tapi apa kata kita cuba buat dalam BM pulak.

 

  • Mula-mula klik website ‘Blog Topic Generator’
  • Lepastu kita taip ‘menjahit’ dan lepastu klik ‘Give me blog topics’ kat situ.

 

  • Dan inilah hasilnya yang kita dapat… tajuk dia takdelah merepek sangat, kan.

Walaupun dia main agak je menjahit itu apa(anggap jelah website ni mat saleh yang taktau cakap melayu), dia masih nak menolong kita bagi idea. Nampaklah usaha keras dia kat situ. Kesimpulannya, kalau nak tajuk dalam BM pun OK tapi dia masih lagi nak tulis dalam bahasa Inggeris(betullah kot dia mat saleh yang taktau cakap melayu).

OK, jumpa esok(InsyaAllah).

 

Sharing is caring!