Cara menjahit jahitan lurus menggunakan mesin jahit


Video tentang menjahit jahitan lurus ni sangat sesuai untuk orang yang baru nak menggunakan mesin jahit. Rasanya bukan aku sorang je kot yang menjahit tengok jarum masa mula-mula menjahit dulu. Selepas beberapa tahun, baru sedar teknik tu salah dan akan menyukarkan jahitan kita. Aku tau pun selepas tengok video tentang jahitan kat youtube. Disebabkan taknak orang lain menerima nasib yang sama, aku pun buatlah video ni dalam BM.

Apa yang penting, masa membuat jahitan lurus ni jangan fokus pada jarum tapi fokuslah pada garisan kat ‘needle plate’ tu. Lain mesin jahit, lain jenis ukuran dia, Biasanya mesin jahit yang baru, dia dah tertulis kat tapak tu berapa ukuran yang ditetapkan. Kalau mesin jahit lama atau yang dikeluarkan sebelum tahun 2005, yang tu kena ukur sendiri.

Aku pun masih di tahap beginner dan banyak lagi benda kena belajar. Video ni dibuat dengan niat nak ilmu tu cepat melekat sebab aku pernah dengar orang kata kalau ilmu tu kita kongsikan, InsyaAllah ilmu tu tak akan mudah kita lupakan. Maklumlah, aku pun bukan muda lagi. Kadang-kadang pelupa jugak.

Kalau ada sebarang pertanyaan, jangan malu dan jangan segan untuk bertanya, ok. Jumpa lagi 🙂