Cara Paling Mudah untuk Mengikat Simpul di Akhir Benang

Ini adalah cara yang paling mudah untuk mengikat simpul di akhir benang yang biasanya dibuat ketika kita nak membuat jahitan tangan. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk mengikat simpul ni tapi harini saya nak tunjukkan cara yang paling mudah, cepat dan semua orang boleh buat, InsyaAllah.

Cara-caranya:

  • Mula-mula sekali, masukkan benang ke dalam jarum dan pastikan kedua-dua benang di hujung adalah lebih kurang sama panjang.
  • Letakkan mata jarum di jari dan pusingkan benang yang berada di atas sebanyak 3-4 kali.
  • Tolak benang yang dipusingkan tadi ke bawah jarum dan kemudian teruskan tarik sehingga ke penghujung benang.

Tak susah, kan? Sebenarnya masa mula-mula belajar menjahit, saya buat cara lain. Caranya memang agak leceh sebab benang tu disimpulkan sendiri. Tapi dalam banyak² cara, inilah yang paling menjimatkan masa.

Kalau masih tak dapat mengikut cara yang diterangkan diatas, boleh tengok video kat bawah ni. Semoga cara ini membantu.

Sharing is caring!




shares