Rezeki yang disyukuri

Cari sampai dapat: Ubat sapu untuk penyakit asma

Sekarang ni musim macam tak menentu, kan. Tengok kat luar macam panas terik. Kita pun pergilah sidai baju kat luar. Bila masuk rumah balik, tiba-tiba terdengar guruh dan cuaca bertukar menjadi gelap. Terpaksalah keluar ambil baju dan sidai kat dalam perkarangan rumah. Bila dah habis sidai, cuaca jadi panas pulak…. huhu!

Mungkin sebab cuaca tak menentu ni lah, asma anak buah aku kejap datang dan kejap pergi. Dalam 2 minggu ni memang dia berulang-alik ke hospital. Kesian tengok dia tercungap-cungap dan bercakap pun tak boleh… susah katanya. Kalau tak, boleh dengar dia cerita pasal ultraman ginga, kamen rider ataupun dengar dia nyanyi lagu ‘jam atuk'(dia suka nyanyi versi Jepun punya).

Sebab teringin nak tengok dia gembira bercakap banyak dan menyanyi, aku pun carilah ubat atau petua yang boleh kurangkan atau hilangkan nafas tercungap-cungap dia tu. Tiba-tiba aku terbaca blog dan cerita kemujaraban satu ubat sapu ni. Bila tengok ubat ni, aku rasa macam pernah nampak. Memang kuat hati ni mengatakan aku pernah nampak ubat ni. Jadi, bermulalah misi ‘cari sampai dapat’ ubat sapu ni kat bilik aku.

 

Jumpa jugak akhirnya

Apa aku buat dengan minyak ni?

Aku pun sapulah ubat ni kat belakang badan dan tengkuk dia. Selepas tu, suruh dia tidur.

Apa yang terjadi selepas 8 jam?

Esok pagi, aku terjaga sebab terdengar ada orang batuk tak henti-henti. Kemungkinan ubat ni tak sesuai atau tak mujarab untuk dia.

Selepastu, aku bagi dia minum air suam, sapukan vicks kat badan dia dan suruh dia rehat sambil tengok kartun Mr. Bean kat tv. Alhamdulillah, nampak dia dah ok sikit.

Komen sikit…

Kesimpulannya, aku rasa vicks lagi sesuai untuk anak buah aku tu. Dari segi harga, ubat sapu ni harga dia RM39 satu botol(ada tulis harga kat botol) dan aku rasa agak mahal jugakla. Fikiran jahat aku rasa blog tu mungkin ‘buat-buat ayat best’ sebab kat perenggan terakhir ada kata-kata ingin menjual ubat sapu tu, Tapi eloklah kalau kita bersangka baik yang tak semua orang sesuai dengan satu-satu produk. Lagi satu, cuba fikir logik sikit. Takkan sekali sapu dah elok, kan. Tapi minyak sapu ni takde pulak rasa ‘menyejuk’ macam vicks. Rasa minyak dia macam biasa je… macam sapu minyak gamat.

Pagi tadi aku bagi anak buah aku tu minum air + madu. Dia tak suka makan madu sebab manis, kata dia. Tadi aku suapkan air+madu, dia stop kejap dan pandang aku.

Anak buah: Ni air madu ke?

Aku: Errr… a’ah(terfikir mesti dia taknak minum lagi ni sebab dia tak suka madu!)

Anak buah: Kenapa rasa dia macam oren?

Dan dia minum sampai habis… ALHAMDULILLAH!!! Semoga bertambah sihatlah dia harini.

OK, Sebagai hiburan, jom kita dengar lagu ‘jam atuk’ dalam versi bahasa Jepun




shares