Rezeki yang disyukuri

Cuci mata: Baju lengan kembang

Dua tahun lepas, baju yang ditunjukkan diatas ni telah dijahit sebab baju ni nampak cute dalam buku. Aku guna kain cotton linen warna pink yang dibeli kat Nagayo(tak silap harga dia RM8 semeter) dan jahitan baju ni sangat sesuai untuk orang yang baru nak mula menjahit baju(dengan syarat, asas jahitan dah tahu). Aku siapkan jahitan baju ni dalam sehari dan buku jahitan yang aku guna ada kat sebelah baju pink tu.

 

Macamnilah rupa baju pink tu apabila dipakai.

Aku tengok ramai yang dah mula memakai baju berlengan kembang ni. Sebabtu, aku nak ‘cuci mata’ dan kongsikan dengan korang baju lengan kembang yang menjadi favorite aku sekarang ni.

 

 

  1. Layered Sleeve Top (RM208)
  2. Drawstring Top In Dusty Purple (RM129)
  3. Belle Top In Dusty Pink (RM69)
  4. Sheinside Women Shirts Women Tops (USD16.99, on sale)
  5. Drop Shoulder Bell Sleeve Dress (RM148.90, on sale)
  6. Calacara Belle Top (RM79)
  7. Black Bell Sleeve Shirt (USD14.70)
  8. Aella Flowy Ruffle Top In Grey (RM159.90)
  9. Bell Sleeve Houndstooth Dress (RM82.67, on sale)
  10. Lelia Tulip Sleeve Top (RM159.90)
  11. Bridesmaid Lace Flare Sleeve Tunic (RM99, on sale)
  12. Flare Sleeve Round Neck Self Tie Dress (RM128.77)
  13. Bridesmaid Layered Sleeve Top (RM99)
  14. Lillian Appliqued Ruffle Sleeve Blouse (RM69)
  15. Ailish Flair Blouse (RM129)
  16. Aggie Flared Waterfall Sleeve T-Shirt (RM79)
  17. Bell Sleeve Chunky Sweater (RM91.96, on sale)

 



  • Ida Mia

    Woww… saya suka..saya suka..??
    Aku mmg suka cuci2 mata baju2 ni, kumpul idea nak tempah baju mia, kalo aku idok ler sesuai sbb aku dah saiz xxl.. haha.. ???

    • Ida Mia

      Peplum n barbie doll sesuai kan buat lengan kembang cmni?

      • Fadz

        aku rasa kalau baju yang jenis kembang macam kurang sesuai sikit bila bahagian lengan dia kembang jugak…
        dia kena salah satu…tu pendapat aku la…:D

        • Ida Mia

          Ye x ye gak kan fadz.. haih..betol2 x reti aku bab2 fesyen ni..hihi..

          • Fadz

            aku pun bukan reti sangat…
            ikut yang sedap dipandang je…haha

    • Fadz

      Nanti aku cuba buat ‘cuci mata’ edisi kanak-kanak pulak la…hihi

      • Ida Mia

        Hihihi… terbaik.. tq2..


shares