DIY: Jahit instant shawl satu muka yang terus sarung


Dah lama sebenarnya tak buat video. InsyaAllah tahun ni plan nak buat video menjahit je. Kalau tengok video, mungkin yang melihat tu boleh tangkap apa yang aku nak sampaikan. Antara sebab kenapa terfikir nak jahit ‘instant shawl’ ni… selepas ramai geng makcik-makcik bertanya pasal jahitan instant shawl satu muka ni. Sebelum ni, aku pernah jahitkan instant shawl 2 muka untuk diaorang. Memang makan masa yang agak lama jugaklah aku nak fahamkan jahitan yang ni.

Beberapa hari sebelum video ni dibuat, mak aku hadiahkan instant shawl satu muka yang sangat selesa. Dari instant shawl tu lah aku tengok jahitan dia macammana. Rupa-rupanya lebih kurang je macam instant shawl 2 muka. Selepas belek-belek dan pakai beberapa kali, ni antara benda yang korang kena tahu sebelum menjahit instant shawl ni:

Kain selendang yang disarankan:

cotton viscose

heavy chiffon

lycra/spandex

(setiap selendang mestilah sudah dijahit ‘baby hem’)

Jahitan yang digunakan:

jahitan lurus

Masa yang diperuntukkan:

lebih kurang 15 minit

 Kalau dari kain yang belum berjahit, mungkin makan masa lama sikit kot.

Kalau ada yang menjahit tudung ni, jangan malu-malu tag aku kat instagram ye(@fadzbiz).

^___^