DIY: Membuat Beg Untuk Pergi ke Kelas

Entri blog harini adalah entri blog yang terakhir pada tahun 2017. Untuk menutup tirai 2017, saya membuat video macammana kita nak buat beg sendiri. Idea membuat beg ni muncul selepas menyiapkan sulaman tangan haritu. Sebelum ni, bermacam-macam idea yang muncul macam:

  • nak framekan sulaman tangan tu
  • nak biarkan saje melekat kat embroidery hoop(tapi masalahnya embroidery hoop ada satu je)
  • nak buatkan beg balik kampung
  • nak buatkan beg untuk pergi ke kelas

Akhirnya, saya memilih idea ‘membuat beg untuk pergi ke kelas’ memandangkan tak lama lagi cuti akhir tahun akan tamat. Lagipun saya jarang menjahit beg. Eloklah rasanya kita mulakan menjahit beg yang ‘simple’ dahulu.

Kalau korang tengok video tu sampai habis, mesti nampak setiap jahitan tu saya tutup dengan menggunakan ‘french seam’ dan ‘Flat-felled seam’. Antara sebab-sebab kenapa saya buat macamtu:

  • Tepi kain belacu ni benangnya mudah terbuka
  • Walaupun beg ni simple, saya nak jahitannya nampak kemas
  • Saya nak beg ini tahan lasak dan boleh dipakai lama

Disebabkan ini hasil sulaman tangan yang pertama, rasa kita menghargai kerja tangan kita sendiri tu amat terasa. Selepas buat ni semua, barulah saya faham macammana perasaanya orang yang suka menerima barangan ‘handmade’. Disebabkan sulaman tangan ini dibuat secara ‘handmade’, sebab itu ada baiknya kalau beg tu saya buat sendiri sepenuhnya.

Setiap ukuran beg yang ditunjukkan adalah mengikut saiz yang saya inginkan. Kalau korang semua nak beg ini kecil sikit, saiz boleh dikurangkan mengikut citarasa masing-masing. Ada juga yang bertanya kenapa saya tak buat beg ni berzip. Kalau korang nak berzip pun apa salahnya… buat je apa yang korang suka. 🙂

Kisah disebaliknya:

  • Video ini dibuat selama 2 hari dan diedit selama 3 hari. Saya cuba nak kurangkan masa untuk mengedit video dan masih mencari caranya.
  • Disebabkan kain belacu ni berwarna ‘off white’ ke arah kekuningan, benang warna ‘khaki’ telah dipilih. Tapi selepas benang tersebut habis, saya gantikan dengan benang berwarna putih dan baru sedar warna putih lebih sesuai daripada warna ‘khaki’ tersebut.
  • Saya menjahit sedikit ditengah-tengah bukaan poket depan(yang ada sulaman tangan) supaya bulatannya kelihatan terletak(part ni takde dalam video).
  • Saya boleh tenung beg ini lama-lama sambil tersenyum. 😀

InsyaAllah pada tahun 2018 saya akan membuat lebih banyak DIY dan barangan ‘handmade’ supaya tahun 2018 adalah tahun yang menggembirakan. Selamat Tahun Baru! Jumpa lagi di video yang akan datang(jangan lupa klik ‘subscribe‘).

 

sew-a-bag

 

menjahit-beg-sendiri

Sharing is caring!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge