DIY Menjahit Pencil Case Serbaguna

Bila kita menjahit, memang tak sah kalau ada lebihan² kain dan selepas tu kita akan stress tak tahu mana nak simpan kain-kain tu. Nak buang… sayang pulak, kan. Lace zip yang digunakan dalam DIY kali ni sebenarnya dah lama tersimpan. Beli pun kat Daiso dan harga Daiso masa tu masih lagi RM5! Setiap paket ada 3 zip… beli pun sebab zip tu comel tapi bila dah sampai kat rumah tak tahu nak jahit apa dengan zip tu. Nak jahit baju memang tak boleh dan akhirnya terhasillah ‘pencil case’ ni. Disebabkan aku dah tak bersekolah lagi, ‘pencil case’ ni menjadi tempat menyimpan lipstik, bedak dan tisu je. Selepas ni tak susahlah nak mencari barang. Kalau tak, nak mencari satu pen pun ala-ala gaya kita buat cabutan nombor bertuah dalam beg sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 22cm x 20cm kain untuk bahagian luar(outer), bahagian dalam(lining) dan kertas gam(2 helai)
  • 10cm x 36mm kain untuk ‘bias binding'(seeloknya kain sama dengan kain ‘lining’)
  • Lace zip
  • Jarum peniti
  • Mesin jahit

Mula-mula sekali, seterikakan kertas gam pada kain ‘outer’ dan kain ‘lining’ dan pastikan kertas gam melekat pada bahagian ‘wrong side’ di kedua-dua kain. Kemudian cantumkan bersama bahagian ‘right side’ kedua-dua kain tadi. Disini kita akan lihat kain gam akan menghadap ke luar.

Jahitkan kedua-dua kain tadi dengan menggunakan jahitan lurus. Sebelum menjahit, seelok-eloknya pin dulu kedua-dua bahagian kain supaya kain tidak lari ketika menjahit. Gunakan jarum jahitan yang sesuai yang khas digunakan untuk menjahit kain yang tebal.

Terbalikkan kain yang sudah dijahit tadi. Kemudian lipat kain tersebut dengan menemukan bahagian yang berjahit dan jahitkan lace zip pada bahagian kain tersebut. Untuk memudahkan jahitan, gunakan ‘tapak zip’ ketika menjahit lace zip di mesin jahit.

Selepas itu, bentukkan kain seperti yang ditunjukkan diatas dan seterikakan. Kemudian, jahitkan di bahagian tepi dengan jarak kurang dari 1cm.

Akhir sekali, jahitkan ‘bias binding’ pada tepi ‘pencil case’ dengan jarak ukuran lebih kurang 9mm dengan menggunakan mesin jahit. Lipatkan ‘bias binding’ tersebut dan jahitkan di belakang ‘pencil case’ menggunakan jahitan sembat susup (jahitan tangan). Boleh juga kalau nak guna mesin jahit. Tapi jangan lupa tutupkan bahagian tepi ‘bias binding’ menggunakan jahitan tangan. Dah siap… dan hasilnya…

Aku tak pasti kalau kain bercorak ni sepadan dengan kain gray tu ataupun tak… tapi itulah lebihan² kain cotton yang masih ada tersimpan dalam kotak jahitan. Sebenarnya tak kisah guna kain apa pun untuk membuat ‘pencil case’ ni tapi seelok-eloknya gunalah kain ‘cotton'(kapas) sebab kain jenis macamni senang sikit nak jahit. Kalau nak tengok macammana ‘pencil case’ ni dibuat dengan teliti, bolehlah tengok videonya untuk memahami cara jahitannya. Jangan lupa subscribe dan selamat menjahit!

Sharing is caring!




shares