DIY: Menukarkan Kain “Laundry Basket” IKEA

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1.5 m kain belacu (bidang 45)
  • penetas
  • jarum peniti
  • gunting(khas untuk menggunting kain)
  • gunting zig zag
  • benang
  • jarum
  • mesin jahit

 

Cara membuatnya:

  1. Tetaskan semua bahagian menggunakan penetas dan simpankan bahagian no.2 (kalau tak pasti, boleh tengok video diatas).
  2. Tekapkan dan guntingkan semua bahagian yang perlu. Kalau takde bahagian yang ‘dapat diselamatkan’, sila gunakan pattern yang dah dilukis menerusi video diatas.
  3. Mulakan menjahit dari bahagian atas(kecuali di pemegang), tengah ke bahagian bawah.
  4. Disebabkan agak susah nak menjahit di bahagian pemegang menggunakan mesin jahit, kita boleh menggunakan jahitan tangan sebagai cara alternatifnya.

 

Kisah disebaliknya:

  • Gunakan gunting zig zag untuk menggunting bahagian tepi kain supaya benang kain tu tak mudah terkeluar dan ini antara cara paling mudah kalau malas nak membuat jahitan tepi kain. Seelok-eloknya gunakan kain cotton yang tahan lasak seperti kain belacu dan kalau guna kain lain… seelok-eloknya buatlah jahitan tepi.
  • Tujuan video ni dibuat sebab setiap kali saya membeli beg/bakul ni, mesti plastik dia terkoyak selepas guna beberapa kali. Jadi, terfikir daripada beli bakul ni beberapa kali, lebih baik kita gantikan plastik dia dengan kain yang jenis tahan lasak. Kalau terkoyak pun, senang je nak jahit balik. Kalau plastik… susah sikit kot.
  • Mengambil masa 2 hari untuk membuat tutorial ni dan lebih kurang 3 hari untuk mengedit video.
  • Bakul ni dibuat untuk mak saya.

Sharing is caring!