Rezeki yang disyukuri

Edit gambar dari muka masam jadi manis di Photoshop

Ini antara tips yang sentiasa digunakan masa nak mengedit gambar tudung. Kadang-kadang bila ada masa free dan terlebih rajin nak mengedit gambar, aku akan cuba buatkan patung tu tersenyum seindah suria. Mungkin dengan senyuman manis itu, mungkin ada yang terpikat nak membeli. Sekarang, jom kita tengok apa yang kita perlu buat untuk membuatkan gambar seseorang yang bermuka masam boleh tersenyum kembali.

 

Mula-mula sekali kita buka photoshop dan klik ‘Rectangular Marquee Tool’

Selepas tu, tarik ‘mouse’ sampai bentuk segiempat (tumpukan pada bahagian mulut)

‘Right click’ dan klik ‘Layer via copy’ dan lepastu tekan ‘Ctrl+T’

Klik yang dalam bulatan merah tu dan secara automatik akan keluar garisan empat segi seperti yang ditunjukkan diatas.

Klik dan tarik pada ‘titik noktah’ pada garisan tu dan tarik ke atas sampai mulut tu seolah-olah tersenyum.

Bila dah puas hati dengan senyuman tu, tekan ‘enter’ dan kemudian klik ‘Eraser Tool’.

Tujuan ‘Eraser Tool’ ni untuk memadamkan segala kesan perubahan yang kita buat tadi. Klik-kliklah mana yang patut.

Dah siap! Korang boleh je buat senyuman dia over tapi rasanya macamni pun dah cukup.

Bila sebut pasal senyum² ni, teringat pulak lagu ‘Senyum Seindah Suria’. Lalalalaa…..




shares