Fadz’s List: Lipstik, Tasawuf Moden dan Dramalah Sangat

List kali ni akan menceritakan tentang sesuatu yang baru dibuat, dibeli, dibaca, ditonton dan didengar serta memberi ruang untuk memberikan update ringkas apa yang aku buat pada minggu lepas. Stail lebih kurang macam update FB tapi kalau tulis dalam blog, senang sikit nak jenguk balik, kan. OK, inilah apa yang dah terjadi…

Pertama kali membuat ‘morning pages’, boleh dikatakan sedikit demi sedikit hidup aku berubah menjadi lebih baik sebab kebanyakan plan yang nak dibuat dapat diselesaikan, masa semakin terurus dan hidup semakin positif. Puas aku mencari cara macammana nak dapatkan semangat untuk menulis balik dan ‘morning pages’ ni memang paksa tangan ni menulis walaupun pada hari pertama dan kedua tu memang ‘blank’ habis. Kalau ada yang nak cuba, bolehlah baca kat sini dulu sebab ada beberapa peraturan yang kita kena ikut sebelum kita mula menulis ‘morning pages’ ni.

Lipstik ni dibeli sebab tengah sale… dari harga RM20++, dapat RM15 je kat Guardian. Beli pun sebab terpengaruh dari cakap² orang yang mengatakan warna ‘Touch of Nude’ ni cantik yang amat. Kalau sorang dua cakap macamtu takdelah ambil peduli sangat, kan. Tapi bila buka website Hermo dan klik pada jenama lipstik ni, boleh dikatakan 80% kata warna ni sangat cantik dan ada pulak penyampai yang kata lipstik ni cepat habis kalau beli kat watson ataupun guardian. Disebabkan pantang mendengar ayat “cepat habis”, cepat² aku beli lipstik ni dan memang betul yang lipstik warna ni memang tinggal satu je. Nasib baiklah, kan.

Zaman instagram ni kita boleh nampak betapa ramainya orang yang suka menunjukkan kebahagian masing-masing kat media sosial. Nampak macam menarik je kehidupan diaorang, kan. Sampai aku ingat itulah caranya untuk mendapatkan kebahagian yang hakiki. Sekali bila baca buku ni, rasa seolah-olah kepala ni diketuk-ketuk terutamanya bila sampai part “Ajarlah hidup bersakit kerana nikmat tidaklah kekal”. Buku ni mungkin nampak macam skema sikit tapi ayat² dia memang sedap dibaca. Barulah tahu kebanyakan perkara yang dianggap boleh mencapai kebahagiaan hakiki tu sebenarnya salah satu bentuk kemiskinan diri rupanya. Banyak jugak tips Hamka bagi untuk kita menuju kebahagiaan yang hakiki dari buku ni. Jangan tak baca.

Hiyokko mengisahkan seorang anak mencari ayahnya yang hilang di Tokyo. Ini antara asadora yang mempunyai jalan cerita yang ringan dan simple kalau dibandingkan dengan asadora² yang pernah ditonton sebelum ni. Aku hampir menangis kegembiraan bile tengok ending dia terutamanya bila pakcik dia cakap “Inilah nikmat selepas segala kesukaran yang Mineko alami selama ni”… lebih kurang macamtulah ayatnya bila ditranslatekan. Memang drama sangat, kan? Lagi satu, penghasilan video intro untuk drama ni hasil daripada kekreatifan Tatsuya Tanaka. Comel betul!

Kalau korang perhatikan, budak zaman sekarang memang tak sah kalau hp tu tak berjahit kat tangan. Rupa-rupanya kalau dah sampai tahap macamtu(gian memegang hp) boleh disamakan dengan gian merokok, berjudi ataupun minum alkohol. Video ni memberi penerangan yang sangat padat tentang apa yang anak² muda kita alami sekarang. Apa sahaja yang Simon Sinek cakapkan memang sangat menarik sebab dia seakan-akan ‘push’ kita untuk membuat sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita sendiri. Video kat atas ni antara ceramah yang terbaik dari Simon Sinek yang pernah didengar sebab aku terjumpa video ni masa dalam keadaan kurang fokus dan hampir jadi pemalas. Antara ayat dia yang aku pegang…. kena banyak bersabar, bersabar dan bersabar kalau nak dapatkan hasil yang diingini.

 

Hujung minggu anda bagaimana pula?

Sharing is caring!