Fadz’s List: Cuba Mengait, Matte Foundation dan Depresi

Dah seminggu kita menyambut tahun 2018 dan salah satu gol saya dalam tahun ni ialah nak bekerja lebih daripada biasa. Maknanya saya nak tulis blog dengan lebih kerap, membuat video setiap minggu dan membuat banyak latihan dalam bidang jahitan. Itulah saje gol saya untuk tahun ini… tak banyak tapi bukan senang nak buat. OK, sekarang saya nak kongsikan apa yang saya buat, beli, baca, tonton dan dengar pada minggu lepas.

Bulan lepas, kita belajar menyulam. Bulan ni terasa nak mengait pulak dan ini adalah pertama kali saya cuba mengait. ‘Knitting Set‘ ni mama yang beli tapi sebab nampak terperuk lama kat atas almari, lebih baik ambil dan gunakan apa yang ada. Lagipun teringin juga nak mengait tapi tak reti. Di dalam kotak ni ada benang, kayu mengait dan mengajar langkah demi langkah macammana nak mengait dengan jayanya.

Sebelum ni tahu pakai ‘BB cream’ je dan tahun ni tiba-tiba nak rasa pakai foundation pulak. Dah bertahun rasanya tak pakai foundation dan foundation ni dibeli sebab ada sale dan ramai bagi ‘feedback’ yang positif. Saya pakai kod 120 dan nasib baiklah memang warna tu sepadan dengan kulit. Apa yang best tentang foundation ni dia ada banyak pilihan warna dari cerah hinggalah sawo matang. Walaupun foundation ni jenis ‘matte’, ianya mudah disapu ke kulit dan tidak terasa menutup pori(kulit tak rasa lemas) selepas dipakai. Memang betullah orang kata produk Maybelline sekarang lebih elok jika dibandingkan yang dulu.

Buku kali ini adalah sebuah novel yang ditulis oleh Haruki Murakami. Buku ni saya baca setengah sahaja sebab kurang berminat nak teruskan sehingga habis. Kisahnya agak unik dan susah nak diterangkan kat sini tapi apa yang saya boleh bayangkan watak didalam buku ni seolah-olah seorang yang ‘loser’. Dan sebab itulah rasa kurang bersemangat nak teruskan membaca walaupun ramai yang kata buku ni hebat.

‘Jimi Ni Sugoi’ mengisahkan seorang ‘proofreader’ yang bercita-cita nak menjadi editor majalah fesyen. Apa yang saya suka tentang drama ni… jalan ceritanya sangat ceria, kelakar dan paling best baju-baju Ecchan dalam drama ni sangat cantik(mungkin sebab kena dengan ‘taste’ saya kot). Drama ni juga bagi banyak pengajaran pada penonton dan salah satu nasihat yang ditekankan walau apa pun pekerjaan kita, buatlah bersungguh-sungguh dan ikhlas. Kalau tengok drama ni memang tak peliklah kalau mood nak bekerja tu bertambah. Semuanya sebab Ecchan!

Video ni antara ‘the best explanation about depression in Islam’ dan paling penting Ustaz Don memahami perasaan peminat artis yang telah tiada disebabkan kemurungan(depresi). Memang sangat setuju apa yang Ustaz Don katakan… yang pertama kita wajib mengenal Pencipta kita dahulu. Teringat satu ayat ni…

“Allah Ta’ala berfirman, ‘Aku tergantung persangkaan hamba kepadaKu. Aku bersamanya kalau dia mengingat-Ku. Kalau dia mengingatku pada dirinya, maka Aku mengingatnya pada diriKu. Kalau dia mengingatKu di keramaian, maka Aku akan mengingatnya di keramaian yang lebih baik dari mereka. Kalau dia mendekat sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Kalau dia mendekat kepada diri-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.” (HR bukhari, no. 7405 dan Muslim, no. 2675)

Kalau takde teman, jadilah Allah sebagai teman.

Selamat Tahun Baru! InsyaAllah kita akan bicara topik yang sama pada minggu depan. 🙂

Sharing is caring!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge