Fadz’s List: Pukul 5 Pagi, Lip Sleeping Mask & Baby Boutiques

Sekejap je dah masuk bulan November dan tinggal sebulan lebih je lagi kita akan masuk ke tahun 2018. Pada awal bulan November ni juga merupakan minggu yang agak sibuk bagi saya sebab tak lama lagi mak kena buat operation dan dalam sebulan doktor ‘jadian’ inilah(sayalah tu) yang akan jaga dan bagi ubat mengikut waktu yang doktor ‘sebenar’ sarankan. Kadang-kadang seronok juga jadi doktor ‘jadian’ ni. OK, tanpa berlengah masa sekarang jom kita lihat apa yang terjadi pada minggu-minggu lepas….

Dah lama sebenarnya nak cuba bangun pukul 5 pagi selepas terpengaruh dengan satu website ni yang menceritakan tentang ‘Morning Routine’ orang² terkenal. Selepas mempraktikkannya, dapatlah rasa lebih masa daripada biasa. Lagipun sekarang ni tengah plan nak menulis blog sekerap yang boleh, memang elok sangatlah mula bekerja awal pagi. Subuh pun dah masuk awal dan puasa pun banyak lagi nak diganti. Walaupun berjaya bangun lebih kurang 2-3 kali pada minggu² lepas, InsyaAllah sikit demi sikit dapatlah jadikan ‘bangun 5 pagi’ ni sebagai rutin hidup. Harap² gitulah….

Laneige Lip Sleeping Mask ni dibeli sebab bibir saya agak kering dan mengelupas semasa cuaca kita menjadi panas dan kering haritu. Saya sarankan korang semua kalau nak beli produk ni, belilah yang original dan dibuat di Korea. Sebab dengar-dengarnya banyak juga yang ‘fake’ yang dibuat di China. Selepas memakai produk ni selama seminggu, bibir takdelah jadi lembap dan kemerah-merahan tetapi apa yang saya perasan, bibir menjadi semakin ‘plump’. Tapi bibir tetap jadi macam biasa. Yang penting bibir tak mengering dan mengelupas. Memang sesuai sangat dipakai kalau korang selalu pakai lipstik matte.

Nak mencari idea untuk menjahit bukanlah senang. Nasib baiklah ada buku ‘Baby Boutique’ ni yang banyak membantu dengan memberikan banyak ‘pattern’ dan cara menjahit barang-barang keperluan bayi. Buku ni banyak membantu dari segi teknik menjahit dan yang paling penting dia ada pattern mengikut saiz 1-5(saiz bayi). Saya mengaku yang saya tak membaca sangat buku ni dan banyak tengok gambar je. Tapi baca jugaklah intro dia dan baru tahu penulis buku ni sebenarnya seorang blogger.

Saya ada listkan drama ni didalam entri blog yang lepas yang menyenaraikan 10 drama Jepun yang terbaik yang pernah ditonton. Masa menulis ‘list’ tu drama ‘Kanna-san’ ni belum habis tengok lagi sebab ‘subtitle’ dia lambat sikit dikeluarkan. Jadi, boleh dikatakan baru jugaklah tengok episod dia yang terakhir dan nasib baiklah episod terakhir dia tak mengecewakan. Drama ni diadaptasi dari komik manga dan kalau tak silap kebanyakan baju yang dipakai oleh Kanna sebenarnya dari butik sebenar pelakon yang memegang watak Kanna tu jugak. Kalau korang suka tengok fesyen dari Jepun, drama ni boleh buat korang terpukau jugaklah.


Minggu ni saya banyak mendengar orang-orang yang menemubual Oprah dan ada juga video yang dari Oprah Show sendiri. Boleh dikatakan minggu lepas boleh digelar ‘Oprah Week’ jugalah. Sebenarnya dari dulu tak pernah terlepas tengok Oprah Show dan bila show tu dah takde memang rasa hati ni macam kosong sikit. Biasanya selepas tengok show dia, kita akan rasa lebih terinspirasi dan lebih menghargai diri sendiri. Kalau kita tengok Oprah pun, dia sentiasa menjadi diri dia sendiri dan buat kita terfikir apa salahnya kita hargai diri kita sendiri dengan tak meniru orang lain, kan. Itulah Oprah yang saya nampak dari dulu.

Sharing is caring!




shares