Selepas 2 tahun, apa dah jadi dengan dress jahitan pertama tu?


Bila buat baju yang sepenuhnya ‘handmade'(hampir 80% jahitan tangan), baru sedar kenapa barang-barang ‘handmade’ yang dijual di ETSY biasanya mahal(susah nak jumpa baju bawah RM100). Salah satu sebab… banyak masa diluangkan nak buat barang buatan sendiri ni. Semakin lama dan semakin ‘complicated’ jahitan kita, semakin mahallah barang tu akan dijual. Tapi barang ‘handmade’ ni sebenarnya dia akan bagi satu kepuasan yang tak dapat digambarkan. Satu perasaan yang ‘best’. Tak heranlah kat Etsy tu barang-barang ‘handmade’ ada pelanggan dia tersendiri dan baju ni yang pada awalnya niat untuk dijual terus tak jadi nak jual…. hoho!

Dress ni akan disimpan dan kalaulah satu hari nanti dimurahkan rezeki, konon nak bagi kat anak perempuan sendiri pakai kot. Kalaulah satu hari nanti tiba-tiba malas nak menjahit, bila tengok baju ni dia seakan-akan cakap ‘Fighting’ dan bagi semangat untuk teruskan menjahit. Dress jahitan tangan pertama tu… memang memori indah betullah.

 

Ni aku tulis pada pukul 10:45 pm, 2 April 2015

Apa dah jadi dengan dress ni?

Sekarang dress ni dah selamat dipakai oleh anak abang aku. Aku bagi anak saudara aku tu selepas seminggu dia lahir walaupun dress ni sebenarnya untuk budak umur 2 tahun. Punyalah tak sabar nak bagi kat dia. Iyela, anak buah perempuan tak ramai… tu yang excited sampai tak sedar baju tu lagi besar dari dia(masa dia baru seminggu lahir). Sekarang si baby tu dah umur setahun lebih dan lupa pulak nak tanya pasal dress ni sebab tak pernah nampak pulak si baby ni pakai lagi. Nanti, apa-apa aku update dalam ni… jengjengjeng!