Tips naik shinkansen(bullet train) di Jepun

Hari pertama pakai Kansai-Hiroshima Area Pass, aku nak tuju ke Hiroshima! Kitaorang bertolak awal… sebelum pukul 6am dah keluar rumah. Disebabkan nak pakai pass ni sepenuhnya, aku dan kawan-kawan tak perlu beli tiket train lagi dan hanya perlu tunjuk pass ni kat kaunter ‘gate ticket’. Tapi sebelum tu aku teringat yang pekerja HIS KL kata pass aku ni hanya boleh naik ‘unreserved seat’ sahaja. Kalau nak dapat ‘reserved seat’ aku kena bayar duit tambahan, katanya. Disebabkan aku baca kat internet ramai kata paling elok naik ‘reserved seat’, jadi aku fikir perlu tambah sikit macam cara orang lain upgrade ‘unreserved seat’ ke ‘reserved seat'(tambah tak sampai 500 yen).

Jadi, aku pun pergi ke JR office kat dalam station. Mula-mula aku tanya reserved seat ada lagi ke untuk pergi ke Hiroshima… dia kata sold out semuanya. Bila dia cakap ‘sold out’, aku dah risau dah sebab kalau ‘reserved seat’ dah sold out… tu maknanya mesti dah penuh. Kalau ‘reserved seat’ penuh, ‘unreserved seat’ apatah lagi.

Lepastu aku tanya kalau dari Hiroshima balik ke sini macammana pulak. Dia pun cek² dan kata ada available.

Selepastu, aku pun tunjukkanlah pass.

Dia pun dengan baiknya terangkan kat aku yang pass aku ni tak boleh duduk ‘reserved seat’. Kalau nak, aku kena bayar penuh katanya. Pulak dah. Mungkin aku yang salah faham masa pekerja HIS KL terangkan haritu. Jadi, aku pun terpaksalah naik ‘unreserved seat’ dan terangkan kat kawan-kawan aku kemungkinan kita dapat seat ataupun tak sebab seat macamni dia ala-ala ‘siapa cepat, dia dapat’. Bertabahlah korang.

OK, aku nak kongsikan tips macammana korang nak cari train yang korang nak naik:

  • Mula-mula cek hyperdia.com (korang masuk website, jangan masuk apps).
  • Tuliskan station pergi dan balik… macam aku, dari Tennoji nak ke Hiroshima(pastikan tarikh dan waktu tu betul sebelum tekan ‘search’).
  • Dia akan tunjukkan 5 jenis perjalanan train yang kita boleh pilih dan aku pilih yang bawah ni sebab train² yang ni je yang terima pass aku.

 

Disebabkan sesetengah train station Jepun ni ada lebih kurang 30 track(LRT kita ada 2 je) korang kena pastikan kat track nombor berapa yang korang kena tunggu. Seperti contoh kat atas, departure track aku berada di track nombor 18. Jadi, aku kena cari dan berlari secepat mungkin ke track no. 18 sebelum pukul 7:01 am.

Selain daripada nombor track, korang kena pastikan jugak train tu bertolak pukul berapa sebab train kat Jepun ni tersangatlah menepati masa. Dia akan bertolak tepat pada waktu yang dia bagi. Yang aku tahu, kalau train lambat seminit dua, pekerja dia termasuk pilot² train ni akan minta maaf bersungguh-sungguh kat penumpang. Kalau lambat sejam, kata-kata maaf diaorang akan keluar kat TV. Kalau orang kita takdenya nak minta maaf tapi tanya pulak “E’eh… dah lama sampai?”… hihi!

OK, tu jelah tips yang aku ada. Kalaulah kat hyperdia tu tak tulis nombor track, tu maknanya track dalam station tu ada 2 track. Kalau jadi macamni, korang kena tengok signboard je masa dalam station. Jangan risau, signboard diaorang banyak tulis dalam tulisan rumi. Kalau peramah sangat, tanya je orang sekeliling. Paling elok tunjukkan soalan kita dalam bahasa Jepun untuk memudahkan diaorang menolong kita.

 

Sharing is caring!