Mari Kita Bercerita Tentang… Menyayangi Diri Sendiri

Salah satu sikap aku yang orang lain tak nampak dalam dunia internet ini ialah sikap penakut yang kadang-kala tak tahu apa sebabnya. Disebabkan sikap inilah yang membuatkan diri ini seolah-olah lebih kecil jika dibandingkan dengan orang lain. Apatah lagi kerjaya kita banyak bertemu dengan pelanggan. Kadang² terfikir jugak bilalah nak berubah perangai ni. Bukannya nak jadi ‘super friendly’ tapi nak hilangkan perangai penakut tu je.

Dulu dalam tahun 2009, aku suka upload video kat youtube sebab salah satu hobi aku ialah suka membuat video walaupun kamera masa tu cikai je. Tapi selepas terlalu ramai yang tengok video tu(waktu tu 300,000 ++ viewers tu dah dianggap terlalu ramai) sehingga sepupu pun bagitahu dia tengok video yang aku buat, tanpa berfikir panjang video tu pun di’private’kan. Sikap penakut tu boleh digambarkan sebagai rasa ‘nervous’ bila ramai yang memuji dan rasa nak menyorok bila tiba-tiba menjadi perhatian orang. Sejak itu, barulah sedar yang ‘penyakit’ penakut ni amatlah besar kesannya dan perlu diatasi.

Suatu hari, aku pun google ‘ciri-ciri orang yang TIDAK menyayangi dirinya sendiri’. Ciri-cirinya terlalu banyak dan inilah antaranya:

  • Beritahu diri sendiri tak cantik, tak pandai, tak kuat, etc (‘tak berani’ pun termasuk juga kot)
  • Meminta maaf pada perkara yang tak perlu diminta maaf. Contohnya, minta maaf sebab wujud kat dunia ni (A’ah pernah)
  • Selalu membandingkan diri dengan orang lain (Yang ni selalu terasa masa ‘scroll’ instagram feed)
  • Rasa tak yakin untuk mencuba perkara baru dan takut mengambil risiko (inilah perangai ‘basic’ si penakut macam saya… alamak)
  • Membiarkan orang lain memijak² kepala dan membuli korang (yup, perasaan ini pernah dirasai)
  • Tidak mempunyai masa untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam (kalau selalu buka media sosial, bilalah ada masanya, kan)

….and the list goes on…..

Banyak lagi ciri-cirinya tapi semakin banyak dibaca, semakin rasa kesian pulak pada diri sendiri. Terfikir juga sampai bila nak bersikap begini? Siapa lagi yang akan menghargai diri kita kalau bukan diri kita sendiri, kan? Jadi, pelbagai cara yang nak dicuba untuk mengatasi kelemahan diri ni. Ada yang menjadi dan ada juga yang ‘tak kena’. Tapi aku kongsikan yang dirasakan sesuai dan apa kesannya pada diri aku sendiri:

 

  • TIDAK MENG’UPDATE’ FB

Sebenarnya, dah hampir setahun aku tak update FB(personal) dan tak teruk kot kalau bagitahu yang tu satu tindakan yang bijak sebab diberi peluang mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada diri aku sendiri. Daripada update FB, lebih baik fokus pada ‘morning pages’ dan ‘bullet journal’. Kalau ada apa-apa luahan hati yang nak di’update’, aku tulis kat ‘Morning Pages’ je. Kalau tak, sebelum ni semua nak update kat FB. Memang elok rasanya biarlah kisah-kisah peribadi ni aku sorang je yang tahu. Aku ada ke… takde ke… memang tak memberi kesan kat sesiapa pun sebab sampai sekarang hanya sorang je yang hantar msg untuk bertanya khabar kat FB tu. Jadi, kemungkinan FB tu akan fokus pada ‘fan page’ sahaja. Masalah peribadi semua disimpan dalam ‘morning pages’.

 

  • BERHENTI MEMBANDINGKAN DIRI SENDIRI DENGAN ORANG LAIN

Bila mula menyepikan diri dari media sosial, masa untuk fokus pada diri sendiri menjadi semakin banyak. Selain daripada menyepikan diri dari FB, aku pun cuba ‘membersihkan’ instagram feed dengan mengikuti orang² yang suka memberi inspirasi kat orang lain. Lain orang lain caranya dia mendapat inspirasi dan inspirasi aku banyak dari orang yang pernah merasa hidup susah(tapi tak kecoh tentang hardship diaorang) dan ikhlas memberi semangat macammana nak menaikkan harga diri kita. Nilai harga diri tu amat bermakna jika dibandingkan dengan nilai harga kebendaan. Betul tak?

  • MENGGEMBIRAKAN DIRI SENDIRI DAHULU SEBELUM MENGGEMBIRAKAN ORANG LAIN

Setelah menjauhkan diri dari FB dan ‘membersihkan’ Instagram dari anasir² yang merugikan diri sendiri, barulah terfikir ada perkara yang lebih penting yang perlu dibuat dari sekarang iaitu nak berblog semula dan membuat video youtube. Memang itulah yang selalu membuatkan diri ini berasa sangat gembira bila melakukannya. Walaupun pembaca blog kat Malaysia ni semakin sedikit, yang penting dapat menggembirakan hati penulis blog tu pun dah cukup memadai. Biarlah takde orang yang membaca pun.

  • MENJAGA DIRI SEBAIK MUNGKIN

Aku tahu betapa pentingnya tips ni jika dibandingkan dengan tips² diatas. Ramai yang kata selepas menjumpai sesuatu yang membuatkan diri kita ‘happy’, perkara utama yang perlu dititikberatkan sekarang ialah menjaga kesihatan dan ada semangat untuk mengubah diri menjadi lebih baik. Jadi, kenalah exercise, jaga makan dan rasa bersyukur setiap hari. Kalau tak sihat, banyak perkara tak dapat dibuat. Lepastu… nyesal. Sejak kebelakangan ni, asyik rasa malas je nak buat senaman. Tapi dalam dunia senaman ni aku ada satu gol je iaitu nak jadi flexible sahaja. Kalau tulis ‘nak bersenam’ memang rasa macam takde semangat je nak buat. Seelok-eloknya kita tulis dalam ayat yang ‘specific’ sikit.

 

Bagaimana caranya anda menyayangi diri sendiri?

 

Sharing is caring!