Melakar pattern baju dress yang simple


Disebabkan anak buah aku semakin sihat, barulah mood untuk menjahit ni datang. Dia sekarang dah mula menyanyi dan tadi dia baru je tunjuk yang dia buat magic! Sebenarnya takdelah magic sangat pun. Dia hanya ambil anak tudung —> letak kereta hot wheel dalam tu —> tunjuk yang kereta hot wheel dia hilang. Biasalah budak-budak… kita pun buat-buatlah kagum dengan magic dia tu biar dia tersenyum bangga.

Harini tiba-tiba rasa nak menjahit baju menggunakan buku pattern yang ada. Kali ni nak buat pattern yang simple dan akhirnya pilih pattern ni….

Pattern ni dipilih sebab kat bahagian belakang buku ni ada gambar akak-akak Jepun memakai baju yang diaorang jahit. Boleh dikatakan 80% buat baju yang sama macam kat atas ni. Jadi, bolehlah buat kesimpulan yang baju ni mungkin best dipakai.

Biasanya aku akan highlight saiz dan pattern yang diingini menggunakan highlighter dulu. Cara ni boleh mengurangkan pening kita melihat lakaran pattern yang bermacam-macam kat kertas ni. Selepas tu, barulah kita boleh ‘trace’ pattern yang kita dah highlight tu. Untuk melakar pattern, aku guna kertas tisu(kat kedai kata kertas wau) yang berwarna putih. Kertas tisu ni tahan lasak sikit dan senang kita nak ‘trace’.

Selepas tu, barulah boleh potong pattern yang kita dah lakarkan tu. Tapi harus diingat yang majoriti buku jahitan jepun ni kita kena tambah sendiri ‘seam allowance’ mengikut ukuran yang dia bagi. Dia tak macam pattern simplicity yang dah memang masukkan ukuran ‘seam allowance’ dalam setiap pattern. Setiap ukuran ‘seam allowance’ boleh rujuk mukasurat yang ni….

Setiap ukuran diukur dalam cm dan kalau takde nombor tu maknanya ukuran dia dalam 1cm.

Selepas dah siap potong kertas pattern, baru teringat takde kain untuk buat baju ni. Jadi, kena tangguh sementara untuk menjahit dress ni(atau ni alasan nak beli kain lagi… haha!). Disebabkan tengah pokai, mungkin aku akan pakai baju terpakai kot untuk menjahit baju ni. Adakah baju ni dibuat dari kain baju terpakai? Kita tengoklah nanti… kalaulah kisah ni nak sambung lagi. Korang suka menjahit guna pattern tak? Kalau iye, bolehlah kongsikan pattern apa yang korang selalu rujuk. Ok, jumpa lagi 🙂