Perjalanan ke Hiroshima


Untuk ke Shin-Osaka, aku naik train biasa je. Agak sesak jugaklah waktu tu sebab ramai yang nak pergi kerja. Walaupun agak berhimpit, keadaan dalam train sunyi sepi. Nak bercakap dengan kawan kat sebelah pun segan, terpaksa bisik-bisik. Majoriti orang Jepun ni membaca buku atau tidur dalam train… jarang rasanya yang keluarkan smartphone. Iyelah, diaorang siap bagi pengumuman suruh ‘silent’kan hp bila masuk train. Hilang penat dan stress tengok orang diaorang ni… hehe!!

Sampai je kat Shin-Osaka, aku terus cari shinkansen kat track yang aku ikut kat hyperdia dan cari ‘door’ yang tulis ‘unreserved seat’. Aku tak tahu pulak dari satu ‘door’ ke satu ‘door’ sangatlah panjang perjalanan dia(baru tahu shinkansen ni komain panjang). Bila lalu kat door yang tulis ‘reserved seat’ aku tengok punyalah panjang orang beratur. Dah risau dah sambil berlari-lari cari ‘unreserved seat’. Bila dah sampai door untuk ‘unreserved seat’, aku dan kawan-kawan aku je yang beratur. Rupa-rupanya ‘unreserved seat’ ni banyak seat kosong.

Walaupun perjalanan ke Hiroshima makan masa lebih sejam, aku takde pulak rasa lama dok dalam shinkansen ni. Mungkin sebab tempat duduk dia terlalu selesa. Nak tidur takut terlepas pulak stesen Hiroshima nanti. Dalam shinkansen ni, serba serbi lengkaplah dengan toiletnya yang canggih, ada vending machine, ada bilik merokok dan setiap tempat duduk ada plug yang boleh caj bateri hp dan laptop. Setiap kali pekerja shinkansen ni masuk dan keluar pintu gerabak, diaorang akan tunduk walaupun diaorang hanya nak lalu situ je.

Bila dah sampai Hiroshima station, aku dan kawan-kawan kena naik Hiroshima streetcar/tram pulak. Untuk naik yang ni, harga dia dah tetap 160 yen untuk kemana-mana(kecuali ke Miyajima) dan perlu dibayar semasa kita nak turun. Sebelum naik, kena pastikan jugak tram nombor berapa yang kita patut naik. Masa nak tunggu tram, ada sorang pakcik ni tegur dan tanya aku dari mana. Lepastu dia terus cakap Jepun tapi aku rasa dia tanya aku nak pergi mana kot.

“Genbaku Dome-mae”, kata aku.

Lepastu, aku tunjukkan syiling 160 yen kat dia dengan niat nak tahu betul ke tak duit tiket yg aku kena bayar nanti.

“Hai, hai”, kata dia sambil angguk² sengih kat aku.

Lepastu dia cakap Jepun lagi tapi aku tak faham. Aku pun senyum² dan angguk je macam dia buat tadi.

Kalau nak tahu, Hiroshima tram ni dah mula beroperasi sejak Hiroshima belum kena bom lagi. Kalau tak silap, selepas seminggu dua Hiroshima kena bom, tram yang masih tinggal masih beroperasi seperti biasa. Kalau nak berjalan-jalan area Hiroshima, ni lah pengangkutan awam yang paling mudah untuk kemana-mana.

Sampai je, terus… “klik klik”…

 

 

  • Bila sampai kat sini, singgahlah muzium sekejap. Rasa sangat berbaloi bila kita dapat melihat apa yang sebenarnya terjadi masa pengeboman di Hiroshima ni. Harga masuk muzium 200 yen dan waktu ni lah baru aku sedar syiling 500 yen aku tu sebenarnya duit Korea. Kalau korang berhati sensitif, sila sediakan tisu sebelum masuk muzium ni.
  • Kalau nak beli fridge magnet, key-chain, poskad dll… boleh singgah kat Tourist Information Centre(bila jalan-jalan sini mesti terjumpalah). Harga yang dia jual berpatutan jugaklah(aku dapat 3 fridge magnet-380 yen).
  • Hiroshima ni antara tempat yang sangat menenangkan. Walaupun masa aku pergi ni ramai budak² sekolah, kita masih boleh menikmati ketenangan kat sini.
  • Boleh solat kat park(dekat dengan muzium) kalau taktau mana nak solat.
  • Pekerja yang menyapu daun-daun kering(sebab masa ni musim luruh) nampak muka diaorang ni happy je masa bekerja. Bukan sikit² diaorang kena sapu… setiap kali habis menyapu, banyak lagi daun yang baru jatuh berguguran. Kalau kita sendiri mesti rasa macam tak kuasa nak menyapu setiap minit. Kalau terpaksa jugak, mesti muka stress, kan.

 

Selepas solat, aku dan kawan-kawan ke Miyajima pulak.