Membuat Pavlova yang garing


Apa yang membezakan pavlova lembut ala ‘marshmallow’ dan pavlova yang garing… pavlova yang garing biasanya akan nampak pecah sedikit di bahagian tepi selepas dimasak. Kalau kita nampak pavlova yang dah dimasak tu putih dan cantik terletak(tak pecah langsung), kemungkinan itu adalah pavlova jenis lembut.

Cara memasak kedua-dua jenis pavlova ni sama je tapi suhu je yang berbeza. Pavlova jenis garing biasanya suhu awalnya antara 140-150 C, pavlova jenis lembut suhu awalnya antara 110-120 C dan kedua-duanya dimasak antara 45 minit-1 jam mengikut jenis oven masing-masing.

Oven yang aku pakai untuk memasak pavlova yang garing.

RESEPINYA…

Pastikan:

  • Semua perkakas dapur adalah bersih dan kering. Masa pecahkan telur, pastikan takde sikit pun kekotoran, lebihan kulit telur ataupun kuning telur dalam putih telur tu nanti.
  • Masukkan gula sedikit demi sedikit semasa kita memukul telur sehinggalah ianya nampak seperti krim dan seakan-akan berkilat.
  • Buah-buahan boleh diubah mengikut kesukaan masing-masing. Aku lebih suka buah anggur dan kiwi… 2 buah ni lebih serasi sebab tak berapa manis.
  • Whipped Cream(pastikan ‘non-dairy’) boleh dibeli di kedai ‘bakery’ dan biasanya akan di simpan di freezer. Harganya lebih kurang RM10 sekotak. Satu kotak boleh guna untuk 4 kek pavlova(satu layer). Biasanya ‘whipping cream’ ni dah manis tapi kalau rasa kurang boleh tambah ‘icing sugar’.
  • Berhenti pukul ‘whipped cream’ serta merta selepas kita tengok ‘whipped cream’ kita tu dah terbentuk macam ‘soft peak’. Jangan terlebih pukul sebab nanti krim tu akan menjadi seperti butter dan kita TAK AKAN dapat bentuk yang sepatutnya selepas tu.
  • Bakar selama 45 minit kalau nak pavlova kita betul-betul garing. Tapi dalam masa yang sama perhatikan pavlova kita tu…takut jadi hangit pulak nanti.

Kek ni agak ‘addictive’ dan selalu rasa macam tak cukup je(ke aku sorang je rasa macamtu). Kek ni sesuai untuk sesiapa yang alergi dengan susu(pastikan pakai non-dairy whipping cream) ataupun gluten(tepung).

Selamat memasak!!