Rezeki yang disyukuri

Mengubah baju kaftan menjadi dress menggunakan pattern haritu

Berdasarkan kisah ‘melakar pattern baju dress yang simple‘ yang lalu, dalam entri tu aku bagitau yang stok kain untuk membuat dress tu takde. Lepastu, aku kata tiba-tiba terfikir nak guna baju terpakai untuk membuat dress tu, kan. Jadi, kali ni aku pilih kaftan lama yang berwarna pink belacan yang jarang dipakai sebagai mangsa. Huahaha!(gelak jahat).

Perubahan yang dah dibuat untuk dress ni berbanding pattern asal ialah:

  • Bahagian leher tidak diusik dan dikekalkan bentuk baju kaftan yang asal.
  • Panjang dress dipendekkan sedikit sebab si pemakai takdelah tinggi mana.
  • Jahitan tepi untuk ‘sleeves’ dan bahagian bawah dress hanya dijahit ‘rolled hem’ menggunakan mesin jahit tepi.

Mula-mula kita melakar pattern ke kaftan menggunakan pattern yang dilakar haritu, Selepas tu, kita gunting kain kaftan tersebut.

Inilah rupa kaftan yang dah dijadikan mangsa untuk jahitan kali ni.

Pertama sekali, fokuskan pada bahagian atas kain ni sebab kita nak buat ‘gathering stitch'(jahitan kedut) kat situ mengikut ukuran yang dah diberikan.

Inilah rupanya selepas buat ‘gathering stich’ yang pertama. Kalau ikut buku jahitan jepun ni, dia biasanya akan suruh kita buat 2 kali ‘gathering stich macamni….

Inilah hasilnya sebelum kita jahit bahagian ‘sleeves’ dan bahagian bawah dress,

Aku terlupa nak tunjukkan jahitan yang menggunakan mesin jahit. Memang terleka dan tak ingat nak ambil gambar pun masa dah mula guna mesin jahit ni. Sorry ye… nanti aku cuba ingat apa yang aku dah lupa ni dalam tutorial akan datang, InsyaAllah. Sekarang jom kita tengok dress tu dari dekat…

Selepas habis dijahit, aku pun cubalah pakai dress ni. Selepas pakai seharian, barulah faham kenapa ramai akak² Jepun bergambar memakai dress ni(sila baca entri yang lepas untuk mengetahui kisah lanjut). Dress ni sangat selesa dan mungkin pattern dia mengikut citarasa akak² Jepun. Tahu²lah orang Jepun ni, baju diaorang kan biasanya nampak ‘modest’ dan nampak selesa dipandang yang buat kita boleh berkata ‘mesti selesa pakai baju diaorang ni’. Kalau nak tahu taste aku…. macamtulah. Baju tu akan buat aku terfikir mesti selesa kalau aku pakai kot.

OK, jumpa lagi. Jangan lupa subscribe ye:)




shares