Menjahit getah rambut bertelinga

“Mahal jugak harga getah rambut ni ye?”… itulah yang selalu dikatakan oleh hati ini kalau nampak getah rambut seperti didalam gambar. Harga satu getah rambut ni lebih kurang sama dengan harga kita beli 2-5 paket getah rambut yang halus tu. Bila dia hilang tu yang memberi kesan sikit kat hati ni sebab dia yang paling mahal. Aku kurang berminat dengan getah rambut yang halus sebab dia kuat mencengkam rambut dan baru pakai berkali-kali mesti putus. Jadi, aku pun nak cubalah buat getah rambut ni. Tapi kali ni, kita tambah telinga dia.

Getah rambut ni  diinspirasi dari TopShop. Kat Topshop, harga getah rambut ni lebih kurang RM25 setiap satu. Comel kan getah rambut ni? Kalau budak-budak okla tapi untuk orang yang umur 30 tahun ke atas, tak ke macam buang tebiat je rasa. Getah rambut ni mahal mungkin sebab getah yang digunakan dalam getah rambut ni dia guna kualiti yang bagus kot. Kalau dah biasa beli alat jahitan, mesti tahu kan getah adalah salah satu alat jahitan yang takdelah murah sangat. Selain daripada getah, kain pun mungkin mempengaruhi harga dia.

Berapa lama siapkan getah rambut ni?: ½ jam.

Bahagian paling susah untuk menjahit getah rambut ni: Bahagian terakhir masa nak habiskan jahitan. Masa nak cantumkan kain tu, kain agak tebal dan rasa susah sikit nak jahit kat situ. Takut jarum patah pun iye jugak.

Apa yang tak puashati tentang getah rambut ni: Bahagian ‘telinga’… susah nak tegakkan dan rasanya lebih ok kalau lekatkan dengan kertas gam kot.