DIY Menjahit Kasut Bayi Menggunakan Kain

Sebelum Husna lahir, dah lama dah ada keinginan nak menjahit pakaian baby termasuklah kasut yang comel ni. Tapi tangguh punya tangguh… terus tak sedar yang Husna dah semakin membesar dan kebanyakan baju saiz setahun dah tak muat dipakai(dia baru 9 bulan). Disebabkan rasa takut dia tak boleh merasai hasil jahitan makciknya ketika dia masih baby, nak taknak kenalah menjahit sesuatu untuk dia jugak. Nasib baiklah terjumpa buku jahitan(siap bagi pattern lagi) untuk menjahit kasut baby dan pakaian baby yang lain. Mula-mula hanya sebelah kasut dibuat sebab nak tengok Husna muat ke tak. Tak sangka pula kasut ni tak boleh masuk sebab kaki dia terlebih lebar agaknya. Jadi, sebelah je yang muat sebab dah tambah sikit kelebaran saiz kaki kasut selepas tahu yang kasut mula-mula tu tak muat.

Alat-alat yang diperlukan:

  • 25 cm kain yang keras(contoh: kain untuk membuat beg/langsir) *boleh juga guna kain cotton*
  • 25 cm kain gam
  • 25 cm kain cotton

*Kain-kain diatas adalah bidang 45″ dan akan dipotong dalam bentuk U dan bentuk tapak kaki(setiap jenis dipotong 2 helai).

Mula-mula sekali, seterikakan kertas gam pada kain cotton mengikut bentuk yang serupa. Pastikan bahagian yang berkilat digosok pada kain cotton supaya ianya melekat.

Lipatkan bahagian kain yang berbentuk ‘U’ dengan memastikan bahagian kain yang betul(right side) dilipatkan bersama. Pin dan jahitkan dibahagian tepi.

Kemudian cantumkan kain keras(right side) menghadap kain cotton(right side). Kita akan lihat kain gam akan berada di luar(seperti yang ditunjukkan oleh kasut yang mempunyai jarum peniti). Jahit di sekeliling kasut tersebut menggunakan benang yang sepandan.

Tekan kasut tersebut sehingga corak kain keras(wrong side) menghadap keluar. Gunting di sekeliling lubang kasut supaya kain akan mudah diterbalikkan dan supaya ianya kelihatan kemas. Pastikan jangan tergunting benang yang telah dijahit.

Kemudian tarik dan terbalikkan kain tersebut sehingga kain(right side) dapat dilihat seperti yang ditunjukkan didalam gambar di atas. Jahit disekeliling lubang kasut tadi. Bahagian kasut ini kita panggil ‘A’. Cantumkan bawah ‘A'(bahagian tapak kasut) dengan tapak kain cotton(kertas gam menghadap ke luar) dengan jahitan sementara(basting stitch).

Selepas itu, cantumkan kain keras(wrong side) yang berbentuk tapak kasut di atas ‘A’. Pastikan semua bahagian adalah sama sebelum kita pinkan dan jahit di sekelilingnya menggunakan jahitan biasa.

Pastikan tinggalkan sedikit ruang(tidak dijahit sepenuhnya) di bahagian belakang kasut supaya mudah untuk kita menarik kain kasut tersebut.

Selepas diterbalikkan, tutupkan bahagian yang tidak dijahit tadi menggunakan jahitan ‘slip stitch’ yang boleh dijahit menggunakan tangan.

Harus diingat, lakaran kaki bayi sebaik-baiknya melebihi 1.5 cm dari saiz sebenar ketika melakar pattern dan pastikan kelebaran kaki bayi pun diambil kira untuk keselesaan bayi tersebut. Anda boleh melekatkan butang, bunga atau apa sahaja di bahagian depan kasut sebagai perhiasan tapi kena berhati-hati jugak sebab baby ni pantang nampak benda kecil macamni. Mesti tangan dia gatal nak tarik dan masukkan dalam mulut. Apa-apa pun…. have fun!

 

Sharing is caring!




shares