Menyiapkan Bullet Journal November 2017(tiada tema)

Selepas beberapa hari menulis ‘Morning Pages’, baru teringat yang dah lama tak update ‘Bullet Journal’. Jadi, hari ni saya nak kongsikan macammana saya menyiapkan bullet journal yang dibuat pada bulan November ini. Seronok sebenarnya bila plan nak fokus balik menulis bullet journal ni sebab biasanya dari bullet journal nilah baru terfikir nak belajar membuat aktiviti yang baru. Sebelum ni, hampir 3 bulan saya tak fokus sangat pada bullet journal dan hanya update hari-hari yang penting je. Tapi bulan ni rasanya eloklah kalau sekiranya diri ni dipaksa untuk meng’update’ bullet journal ni sampai ke akhir bulan ni.

Saya lebih selesa membuat kalendar bulanan yang simple dan ringkas macamni sebab senang nak menulis ayat yang panjang. Bahagian ‘social media’ tu pulak hanya difokus pada youtube, instagram dan pinterest sebab ketiga-tiga media sosial ni memerlukan saya membuat kerja lebih sedikit. Selepastu, kalau ada apa-apa benda yang teringin nak beli, semua tu akan dituliskan pada bahagian ‘wishlist’. Tak lupa juga untuk menulis ‘goals’ pada bulan ni sebagai salah satu cara untuk ‘push’ diri sendiri membuat sesuatu yang bermakna.

‘Habit tracker’ ni sangat penting untuk seseorang yang ada keinginan yang tinggi untuk mengubah diri menjadi lebih baik. Kadang-kadang kita pandai bercakap je nak buat itu dan ini tapi dengan adanya ‘habit tracker’ ni kita tak akan lupa apa yang kita nak buat. ‘Expense Tracker’ ni memang membantu untuk mengingatkan barang² yang diperlukan dan barang² yang saya nak(2 perkara yang berbeza tu) mengikut ‘budget’ yang ada. Disebabkan memang dah plan nak menulis blog sekerap yang boleh, memang banyak benda yang perlu disediakan untuk mengembangkan blog ini.

Setiap malam, saya akan menulis atau melukis apa sahaja mengikut mood saya pada ‘Moodboard’. Dari situ, bolehlah tengok berapa kali kita gembira atau sedih pada bulan November ni. ‘Video and Blog Ideas’ akan ditulis secara rawak mengikut idea yang tiba-tiba muncul yang mungkin boleh digunakan ideanya untuk menulis blog atau membuat video pada masa akan datang.

Kalau mengikut journal yang dah siap, biasanya hari akan bermula pada hari Ahad dan bahagian untuk hari Sabtu dan Ahad biasanya akan dibuat dalam saiz yang sangat kecil seolah-olah kita memang takde aktiviti hari itu. Disebabkan bullet journal ni boleh dibuat sesuka hati mengikut keselesaan kita, untuk ‘Weekly Events’ ni saya lebih selesa kalau dimulakan pada awal bulan. Boleh dikatakan semua hari termasuklah hari Ahad, ada je benda yang nak dibuat dan ditulis ‘event’nya. Di bahagian kiri(yang ada nombor² tu) akan ditulis aktiviti yang sangat penting dan bahagian kanan pula, akan ditulis kata-kata yang memberi semangat pada setiap minggu.

Itulah sahaja ‘bullet journal’ untuk bulan ini yang sangat ringkas dan takde apa yang menarik sangat pun. Kadang-kadang teringin juga nak melukis macam yang lain buat kat bullet journal diaorang tapi kita takde bakat pulak. Asalkan dapat ditulis dan dibaca dengan selesa pun dah cukup. Sejak buat ‘bullet journal’ ni memang dah lama dah tak beli diari. Sekarang semua buat sendiri kecuali buku dia je beli kat Daiso(saya suka buku yang ada titik dot dot).

Macammana korang siapkan ‘Bullet Journal’ untuk bulan ni?

Sharing is caring!




shares