Rezeki yang disyukuri

Mesin jahit yang dipakai sejak mula belajar menjahit

Harini nak memperkenalkan mesin jahit yang selalu aku pakai masa menjahit. Mesin jahit jenama Singer ni dibeli selepas mendapat keuntungan yang pertama hasil menjual baju di internet pada tahun 2006. Masa tu aku tak pandai guna mesin jahit pun. Aku hanya rasa menjahit ni satu aktiviti yang sangat menyeronokkan dan rasa macam nak jadikan dia hobi yang baru dalam hidup. Aku beli jenama Singer sebab setiap kali sebut ‘mesin jahit’, ramai yang sebut ‘Singer’ dan yang paling penting sekali mesin jahit Singer senang nak hantar servis kalau ada masalah(hantar ke kedai Singer je).

 

Mesin jahit ni boleh dikatakan antara mesin jahit yang paling basic dan dia ada jahitan zig-zag yang paling halus yang susah nak jumpa pada mesin jahit keluaran sekarang. Biasanya jenis jahitan A sampai D je yang dipakai. Sebenarnya, kalau kita baru nak menjahit, elok beli yang basic je dulu. Yang penting, ada jahitan lurus dan zig-zag pun dah cukup. Tak kisahlah beli jenama apa pun tapi kalau nak yang tahan lama, belilah yang harga dia RM500 ke atas.

 

Alhamdulillah… mesin jahit ni belum pernah rosak teruk walaupun dah lebih 10 tahun digunakan. Kalau tersekat-sekat sikit tu biasalah, kan. Tapi kalau rasa dia dah mula lambat bergerak, hantar servis je terus. Elok hantar servis dulu sebelum dia tak bergerak langsung.

 

Teringin jugak nak pakai mesin jahit yang lain tapi rasa sayang pulak sebab dia elok lagi. Bentuk dia je nampak ‘classic’. Bila google, style bentuk macamni dah tak jual lagi dah. Boleh jadi barang antik tak lama lagi 😀



  • Ida Mia

    Fadz, nak pinjam, nak jahit lencana, hihihi… seronoknya pandai menjahit…

    Nak tanya, kalo tekan simbol love recommed tu, xde mslh pape kan, dia mcm like2 je kan..

    • Fadz

      Idaaaa…. ko orang pertama yang bagi komen… bestnya! 😀
      A’ah tanda love tu macam tanda like dalam fb… takde masalah pun 🙂
      Jahit lencana ni jahit lurus je, kan… ni aku jahit lencana anak buah

      • Ida Mia

        Yeke..hihihi…
        Haah jahit lurus je, tp aku xjahit, aku tampal je ngan gam uhu sbb tebal xleh nak jahit tgn..kiki

        • Fadz

          Elok jugak guna gam tapi 1st time aku dengar orang guna gam kuat hehe. Kalau menjahit pun kena betul² jahit tepi lencana. Kalau tak nanti dia akan bergulung lepas basuh.


shares