Rezeki yang disyukuri

Recent Posts

Links I Love: 9 links menarik pada bulan ini

Links I Love: 9 links menarik pada bulan ini

Beberapa hari yang lepas, terdengar ada orang sebut pasal buah tunjuk langit. Macammana rupa buah itu? According to scientists, the more you hang out with mom, the longer she’ll live. Kisah Neil Patel jumpa orang yang betul. Research says that most parents tend to carry their… read more

Cara membuat skrub bibir sendiri di rumah

Cara membuat skrub bibir sendiri di rumah

Semalam, terjumpa satu botol vaseline yang dibeli entah bila dan nampak macam baru je pakai beberapa kali. Disebabkan vaseline ni masih banyak lagi dan belum expired, apa kata kita buat sesuatu yang boleh membuatkan kita pakai sehingga vaseline ni habis secepat mungkin. Fikir punya fikir, teringat ‘lip scrub’… read more

Membuat penanda buku daripada kertas

Membuat penanda buku daripada kertas

Musim hujan ni rasa syok betul membaca buku. Tapi dalam beberapa minit mesti mata ni dah berat dan dalam fikiran ni ingat nak tidur je. Sebelum kita tutup buku kita tu, kita mesti nak tandakan mukasurat terakhir yang kita baca, kan. Tapi tiba-tiba tak ingat pulak mana kita letak penanda buku kita tu. Jadi, harini saya nak tunjukkan macammana nak buat penanda buku daripada kertas. Kalau penanda buku ni hilang pun, kita boleh buat lagi dan lagi dan lagi.


Dalam tutorial kali ni, saya menggunakan kertas notepad yang berwarna-warni yang berbentuk segiempat sama. Mula-mula, kita lipatkan kertas tersebut dalam bentuk segitiga seperti yang ditunjukkan di atas.

Kemudian, kita lipat ke bentuk segitiga lagi di bahagian yang lain sehingga ianya terbentuk seperti yang ditunjukkan dalam gambar no. 4.

Selepas kita bentukkan kertas tersebut dalam bentuk segitiga, kita bentukkan dia jadi segiempat tepat pulak. Pastikan anda mendapat bentuk garisan lipatan yang sama seperti dalam gambar no. 6.

Daripada garisan lipatan tadi, lipat kertas tersebut seperti gambar no.7  sehingga ianya menjadi segitiga seperti gambar no. 8.

Kemudian, kita lipat kertas tersebut seperti yang ditunjukkan dalam gambar no. 9 dan bukakan lipatan tadi untuk mendapatkan garisan lipatan. Dari garisan lipatan tadi, barulah kita dapat melipat seperti yang ditunjukkan dalam gambar no. 12.

Selepas itu, kita lipat lagi sehingga ianya menjadi seperti dalam gambar no.13. Ulangi langkah yang sama pada bahagian yang satu lagi..

Akhir sekali, kita lipatkan sedikit seperti yang ditunjukkan dalam gambar no.15 supaya ianya berbentuk hati. Lipat pada kedua-dua bahagian sehingga ianya menjadi seperti gambar no. 18. Boleh letakkan gam kalau nak bentuk hati tu tak terbuka. Tapi saya lebih suka biarkan bentuknya begitu sebab bila kita menutup buku kita nanti bentuknya akan kekal sama jugak.

Penanda buku ni boleh juga dihadiahkan pada kawan-kawan kita yang suka membaca buku. Kalau nak nampak macam ‘special’ sikit, bolehlah tulis sesuatu kat belakang lipatan hati tu dengan kata-kata perangsang atau ayat-ayat yang menggunakan kreativiti anda sendiri(maklumlah, bukan boleh tulis banyak pun kat situ). Mungkin dalam masa akan datang, saya akan cuba buat menggunakan kertas yang berlainan pulak. Tapi dalam fikiran ni teringin nak cuba buat menggunakan kain. Adakah boleh dibuat menggunakan kain? Tengoklah update yang akan datang. Jumpa lagi 🙂

 

Cuci mata: Baju lengan kembang

Cuci mata: Baju lengan kembang

Dua tahun lepas, baju yang ditunjukkan diatas ni telah dijahit sebab baju ni nampak cute dalam buku. Aku guna kain cotton linen warna pink yang dibeli kat Nagayo(tak silap harga dia RM8 semeter) dan jahitan baju ni sangat sesuai untuk orang yang baru nak mula menjahit… read more

Menjahit menggunakan pattern simplicity 1471

Menjahit menggunakan pattern simplicity 1471

Semalam sebelum tidur, sempatlah jugak buat to-do list untuk harini dan antara list yang aku nak buat harini ialah menjahit menggunakan pattern. Masa tulis to-do list tu rasa macam tak pasti lagi nak jahit pattern yang mana dan bila teringatkan anak buah baby girl yang baru melihat dunia(umur… read more