Menjahit menggunakan pattern simplicity 1471

Semalam sebelum tidur, sempatlah jugak buat to-do list untuk harini dan antara list yang aku nak buat harini ialah menjahit menggunakan pattern. Masa tulis to-do list tu rasa macam tak pasti lagi nak jahit pattern yang mana dan bila teringatkan anak buah baby girl yang baru melihat dunia(umur tak sampai sebulan), tiba-tiba rasa macam nak jahit dress baby. Tanpa berfikir panjang, aku pilih pattern simplicity 1471 yang dibeli 2 tahun lepas untuk jahitkan dress baby kali ni.

 


Apa yang best pasal pattern ni, dia ada pattern untuk baby yang umur tak sampai sebulan iaitu saiz XXS. Tak pernah terfikir pulak ada pattern saiz macamni. Masa mula-mula baca pasal saiz pattern ni, aku ingat XXS tu saiz untuk anak patung. Macamlah tak tahu baby yang belum umur sebulan ni kecil macam doll, kan. Maklumlah, dah lama tak tengok baby baru lahir dan sejak sedar diri ini semakin berusia… boleh pulak tak ingat.

 

Apa yang kita kena buat dengan pattern ni? Mula-mula sekali, kita ‘trace’ pattern mengikut saiz yang kita nak. Kalau nak diikutkan , minah saleh yang menjahit guna pattern simplicity ni mana ada yang nak ‘trace’ pattern ke kertas lain. Diaorang selalunya gunting terus. Kalau aku, sayang rasanya nak gunting terus kertas pattern tu. Maklumlah, anak buah bertambah-tambah. Ni pun ada anak buah lagi sorang yang umur setahun(girl jugak) yang bole dibuat dress yang sama guna pattern ni mengikut saiz dia.

 

Just nak ingatkan pada sesiapa yang baru belajar memotong pattern, kalau boleh gunting pattern tu di luar garisan yang diberikan. Jangan gunting tepat-tepat atas garisan sebab takut nanti kita terpotong kain lebih kecil daripada saiz yang diberi. Takpe kalau kita guntingkan terlebih sikit sebab boleh adjust masa menjahit nanti. Kalau kurang dari saiz, dah tak boleh nak adjust lagi dah. Menangislah korang.

 

Ada 4 jenis pakaian yang boleh dijahit menggunakan pattern simplicity 1471 ni. Aku pilih baju ‘D’ untuk jahitan kali ni dan aku perlu siapkan 9 potongan kain. Kat bawah ni aku tunjukkan potongan dari kertas dan potongan kainnya, Kain lining biasanya kita akan guna kain yang lain. Tapi sebab taknak membazir kain, aku guna kain yang sama jugak untuk lining.

Selepastu, jangan lupa seterika kan kesemuanya potongan kain sebelum kita menjahit.

OK, itu sajelah untuk harini. Jumpa lagi 🙂