Pasta pedas yang mudah dan sedap


Dalam banyak² masakan, masakan western lah yang paling senang nak masak. Tapi kalau kita nak beli kat luar, harga dia boleh tahan mahal sebab kebanyakan bahan-bahan yang dijual kat negara kita ni mahal. Tu belum termasuk masuk lagi tax restoran dan gst lagi. Semalam disebabkan terlampau rajin, terhasillah pasta pedas yang dimakan sebelum tidur…

 

Bahan-bahan(utk 4 org)

  • 4 ulas bawang putih(cincang)
  • 1 biji bawang merah(cincang)
  • 1 biji tomato(potong dadu)
  • 1 botol sos prego
  • 6 biji cili padi(kurangkan kalau tak tahan pedas)
  • 1/2 biji cili benggala(potong dadu)
  • lada sulah
  • garam
  • butter(utk menumis bawang²)
  • 8 biji meatball
  • 1/2 bungkus spagetti/makorani yang disukai (atau ‘bowtie’ pasta seperti dalam gambar)

Cara masak:

  1. Panaskan butter sehingga cair dan tumiskan bawang² sehingga naik bau.
  2. Masukkan meatball dan biarkan sehingga meatball agak² masak.
  3. Tuangkan Prego, cili² lada sulah dan garam dan biarkan selama 8-10 minit sehingga sebati dengan meatball.
  4. Campakkan tomato dan biarkan selama 5 minit dan SIAP!!
  5. Oppss.. jangan lupa rebuskan spagetti / makaroni yang disukai.

SELAMAT MEMASAK

P.S: Kalau malas nak masak, order je kat DAH MAKAN.

  • Ida Mia

    Bab2 resepi ni pon ai suka, hihi.. aku dah save dah resepi ni n resepi ns ayam ko.. thanks fadz kongsi resepi..!! 😘😘

    • Fadz

      aku kongsi yang aku suka dan rasa sedap je…
      harap² ko pun suka jugak… 😀