Pengalaman hari pertama di Jepun


Konnichiwa!

Akhirnya berjaya jugak aku jejakkan kaki ke negara Jepun ni(16 November 2016). Sebenarnya sebelum ni aku plan nak ke Pulau Jeju tapi disebabkan banyak benda yang tak mampu diuruskan sendiri, terus tangan ni gatal book tiket ke Jepun terus. Setahun awal jugaklah beli tiket untuk ke Jepun ni.

Masa nak buat itinerary, aku dah boleh rasa macam agak susah jugak sebab banyak benda yang perlu dibaca, difahami dan dibeli sebelum bertolak ke sana. Lepastu, pass dia punyalah banyak jenis. Tu belum lagi tahu cara naik train dia. Baru nak cari detail pasal train, ramai pulak yang kata sistem train Jepun ni sangatlah memeningkan kepala. Aku dah down dah masatu… tapi lama-lama aku buat-buat faham sendiri. Nasib baik beli tiket awal SETAHUN!

Masa aku sampai KIX airport(Osaka), aku terus uruskan pembelian pass yang aku nak beli. Mula-mula sekali aku tukarkan Kansai-Hiroshima Area Pass. Aku beli pass ni kat HIS Malaysia, KL. Tapi bila sampai airport, kita perlu tukarkan MCO(tukarkan kertas yang mcm cek tu) dan ‘activate’ pass kita. Disebabkan aku sampai ke tempat kediaman dalam waktu petang, aku rasa eloklah aku ‘activate’ pass ni keesokan harinya… maknanya hari yang aku nak keluar berjalan seharian. Lagipun, masa hari pertama sampai, aku tak plan nak berjalan kemana-mana pun.

Selepas tu, aku beli tiket Sagano Romatic train kat kaunter yang aku beli Kansai-Hiroshima Area pass tadi. Saje je nak beli awal sebab rasa macam malas pulak nak beratur panjang kat Arashiyama nanti. Selepas selesai ambil kedua-dua tiket tadi, aku terus pergi ke pejabat pos dan ambil pocket wifi yang aku order. Sebenarnya nak beli masa dah dekat² nak pergi tapi disebabkan pocket wifi yang aku nak tu ramai kata cepat habis stok kalau order kurang dari sebulan, tu yang order awal. Alhamdulillah memang pocket wifi tu antara keperluan yang sangat penting kat Jepun ni sebab aku dah plan nak guna google map je kalau tersesat nanti.

Tiba-tiba “kruk…kruk…kruk”… perut dah berbunyi dah. Tapi ada 2 pass lagi yang aku belum beli. Pass yang ni pulak dia kat tempat lain… beli kat tingkat bawah. Masa turun tangga, aku dah fikir dah… mesti ramai orang ni. Bila dah sampai kaunter, punyalah panjang orang beratur(kan betul!). Kali ni aku nak beli Osaka Amazing Pass dan Kobe City Loop Bus pulak.

OK, semua dah beli… sekarang nak pergi Tennoji station pulak(aku dok Airbnb kat area situ). Disebabkan aku tak pakai Kansai-Hiroshima Area Pass, terpaksalah beli tiket biasa kat mesin tiket dia. Lagi sekali, terpaksa beratur panjang jugak. Takut juga kalau berdiri lama kat mesin tiket tu… maklumlah ni baru 1st time. Alhamdulillah… semua berjalan lancar.

Sorrylah, aku takde gambar untuk tunjukkan aktiviti hari pertama ni. Sibuk sangat beli tiket dan pass sampai tak teringat nak ambil gambar. Ni aku nak kongsi pengalaman hari pertama sikit:

  • Kalau korang nak travel naik Shinkansen area Kansai, dia ada bermacam-macam jenis pass yang boleh dibeli. Disebabkan aku dan kawan-kawan nak pergi Hiroshima, Kansai-Hiroshima Area Pass lah yang menjadi pilihan. Kalau korang nak berjalan sampai Tokyo, bolehlah beli JR Pass. Yang penting, korang tetapkan tempat yang nak dituju dulu, selepas tu barulah cari pass yang sesuai.
  • Bila dapat baki duit syiling 500 yen, tengok betul-betul samaada tu duit Jepun ataupun Korea. Tolong cek depan² cashier sebelum korang tinggalkan kaunter. Aku dan seorang kawan dah terkena syiling yang kitaorang dapat tu syiling Korea(terutamanya kalau buat pembelian di airport) 🙁

kiri: 500 won(RM1.90); kanan: 500 yen (RM19)

beza 10x ganda… uwaaaa 🙁

  • Mesin tiket train JR ada bahasa Inggeris tapi takde tunjuk destinasi tempat yang nak dituju. Dia hanya tunjuk berapa harga tiket yang kita nak beli. Jadi, pastikan korang tau harga tiket sebelum korang beli ye. Tapi biasanya kat signboard tepi mesin, dia ada bagitau berapa harga tiket untuk ke station² tertentu.
  • Orang Jepun tak buat muka bengang kalau korang bagi duit kertas 10,000 yen walaupun barang yang nak dibeli tu harga 100 yen. Diaorang senyum lagi ada la dan sepanjang trip aku kat Jepun, diaorang TAK pernah minta duit kecik! Biasanya diaorang akan tunjukkan dan kira baki duit satu-persatu kat kita. Waktu tulah korang cek syiling 500 yen tu betul².  Kalau dia tak tunjukkan baki duit kita satu-persatu, dan terus bagi duit sekali banyak, tolong rasa was-was sikit yang duit yang kita dapat tu betul ataupun tak(terutamanya 500 yen!!).
  • Kalau korang ada soalan yang nak ditanya pada orang Jepun, siapkan soalan dalam kanji atau tulisan Jepun ye(boleh guna google translate ataupun tunjuk gambar tempat). Walaupun banyak signboard sekarang dah ditulis dalam bahasa Inggeris, diaorang susah nak faham apa yang kita tanya kalau kita berbahasa Inggeris(walaupun diaorang masih nak tolong kita bersungguh-sungguh). Bila tunjuk tulisan kanji, barulah nampak wajah diaorang seolah-olah kata “Ni kacang je!” dan senang nak bantu kita 😀

Masa sampai Tennoji station, host aku dah tunggu aku dan kawan-kawan sebab dia nak tunjukkan jalan ke rumah dan terangkan peraturan rumah dia. Yang ni pun aku takde gambar. Nampak sangat hari pertama adalah hari yang memenatkan sampai tak teringat nak ambil gambar… hehe!! Walaupun terlalu banyak benda yang perlu diuruskan masa hari pertama, semuanya berjalan lancar jek. Kecuali masa sampai Tennoji station, waktu tu aku blur sikit sampai taktau nak keluar ke mana.