Pengalaman kali pertama menjahit baju

Belek-belek entri blog lama, terjumlah entri ni pasal kali pertama alter dan jahit baju terpakai. Bila baca balik entri lama ni rasa nak tergelak pun ada. Nampak sangat tak pandai menjahit tapi masih nak mencuba dan cuba lagi… mungkin dari sikap tulah ilmu jahitan tu boleh dapat sikit demi sikit. Menjahit ni kita tak boleh belajar guna buku dan tengok orang lain menjahit semata-mata. Tapi kita kena cuba. Harini, aku nak kongsikan entri blog tu. Semoga korang enjoy membacanya.

____________________________________________________________________________________________

Entri ni ditulis pada 10 Julai 2011

Bagi orang yang jarang menjahit… apatah lagi kurang berbakat, menjahit menjadi satu perkara yang susah gila lah, senang cakap. Mulai hari ini, rasa macam nak mencabar diri sendiri menjahit selama 7 hari. Minta maaflah pada yang pakar menjahit sebab jahitan yang akan dibuat mungkin tak secantik mana. Hanya untuk kepuasan diri jek.

Pada hari pertama, blouse mak yang lama yang menjadi mangsa sebagai bahan untuk menjahit. Sebenarnya baju ni nak dermakan kat orang. Daripada keluar beli kain, lebih baik guna baju yang dah ada yang tidak digunakan lagi. Lagipun, kalau beli kain takut hancur pulak jadinya nanti. Adakah baju yang dijahit itu menjadi? Jom baca lagi….

Ini lah baju mak yang dah tak pakai lagi. Yeah, dah minta izin dah nak hancurkan baju ni…huahaha!!

Dengan bangganya sambil hidung kembang kempis, baju ni dipotong mengikut baju blouse kegemaranku. Gaya macam pro dan hebat bila tengok gambar ni sorang-sorang (>_<).

Bila dah gunting, kita menjahit pulak. Pelik jugak kenapa ada bulu-bulu kat tepi tu ye. Tengok gambar ni baru perasan….OPSSS (sambil menutup mulut dengan sopan).

Selepas 3 jam menjahit….

HASILNYA…..

Maaf, gambar tidak dapat ditunjukkan atas sebab-sebab tertentu dan hasilnya amat tragis (-_-‘)

ERRR….Senang cakap, baju tu hancur dan hati orang yang membuatnya pun hancur berkecai. Sakit badan woooo… tapi tetap tak putus asa. Esok menjahit lagi (^_^).

KEESOKANNYA…..

OK, disebabkan tak berputus asa, pada hari kedua pun nak menjahit baju jugak. Kali ni ambil baju sendiri yang dulunya pakai muat-muat tapi sekarang dah longgar amat(motif kata begini?). Baju ni boleh dikatakan berumur 10 tahun sudah! (*_*). Disebabkan takut ‘frust’ seperti hari sebelumnya, gambar ‘step by step’ tak diambil sebab masih kurang yakin baju tu akan menjadi seperti yang diharapkan. Perasaan takut baju itu hancur didera masih dirasai. Tapi…akhirnya…(rasa macam nak nangis)

 

… jahitan menjadi!!

Apa perubahan yang dah dibuat?

  • Tambah getah pada setiap pergelangan tangan. Sebelum ni angkat tangan sikit, lengan baju jatuh ke bawah dengan cepatnya.
  • Baju disingkatkan sebab si pemakai adalah seorang yang ‘petite’ dan kurus orangnya. Kain elastic digunakan pada bahagian bawah supaya nampak kemas bila dipakai.

Tamat sudah cabaran yang pertama untuk minggu ni. InsyaAllah esok lusa mungkin buat tudung pulak. Bukan sembarangan tudung tapi tudung labuh sebab memang suka tudung macamtu.

________________________________________________________________________________________

Itulah kisahnya…. kalau tak silap, bahagian yang bulu-bulu tu(merujuk pada baju merah), baju tu dijahit terbalik! Lepastu nampak ada ‘jahitan sementara’ kat situ macamlah kain tu jenis licin. Nak jahit lurus je kot… kain ‘polyester’ pulaktu. Haha! Banyak lagi nak belajar rupanya. Harap-harap tak ‘give up’lah dengan dunia jahitan ni. OK, jumpa lagi!

 

Sharing is caring!