Pertama kali membuat nasi ayam

Baru-baru ini, ada seseorang meluahkan keinginannya yang mendalam untuk membuat nasi ayam. Tanpa diduga, keinginan membuat nasi ayam itu tercapai jua akhirnya. Tanpa kita berceloteh panjang, meh kita tengok macammana cara membuat nasi ayam yang marvellous itu…

Untuk merebus:

  • 1 ekor ayam dipotong 4 atau ikut suka
  • 2 ulas bawang putih yg ditumbuk
  • 2 cm halia yg diketuk

Ayam dipotong ikut suka (tak potong pun boleh) dan dibersihkan dan dilumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Selepas tu ayam tersebut direbus sehingga empuk.

Untuk memerap ayam:

  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit garam

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan diatas selama 15-20 minit. Goreng sehingga garing.

Untuk membuat nasi:

  • 5 cawan beras
  • 3 sudu besar butter
  • 1 cm halia(ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • air rebusan ayam tadi secukupnya
  • sedikit garam

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih sehingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti kita memasak nasi biasa.

Untuk membuat sup:

  • Lebihan air rebusan ayam
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • ½ cm halia (ditumbuk)
  • sup bunjut
  • garam
  • daun sup yg dihiris

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Air rebusan ayam dimasukkan bersama sup bunjut dan biarkan selama 30 minit bawah api sederhana. Boleh masukkan daun sup setelah sup masak…kalau nak la.

Untuk membuat sos:

  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh garam, gula
  • ½ cawan air
  • 1 sudu besar sos cili pedas

Kisarkan semua bahan diatas.  Boleh juga dimasak sebentar (jika suka).

HASILNYA….

Nasi ayam yang marvellous =D

Kalau teringin nak makan Nandos, boleh cicah ayam dengan sos Nandos sambil membayangkan diri tengah makan Nandos 😉

Good Luck!

Sharing is caring!