Pertama kali menyulam huruf H


Dah lama rasanya tak menikmati waktu malam dengan aktiviti membaca sehingga terlelap. Tahun ni aku buat gol nak mencari buku tentang Hamka ataupun yang ditulis oleh Hamka dan membacanya sebanyak mungkin. Saje nak kenal beliau dengan lebih dekat. Jadi, aktiviti bulan ni aku kena habiskan novel “Hamka”. Walaupun buku ni didalam kategori novel, aku rasa penulis buku ni mesti dah buat research telebih dahulu sebelum menulis dengan teliti tentang diri Hamka ni.

Untuk memahami dengan lebih detail, aku baca buku “Ayahku” dulu dan kemudian barulah baca buku “Hamka”

Aku boleh terima lagi novel yang berbentuk biografi ni. Pernah cuba jugak tengok drama² yang diadaptasi dari novel yang tajuk depan ada Suamiku, Abangku blablabla tapi malangnya aku tak boleh tengok sampai habis. Hamka pun ada tulis novel jugak. Tapi novel zaman dulu² ni lain… ayat semua sedap² belaka dan ada pengajaran dia. Novel sekarang… bukan taste aku kot.

Baca punya baca… mata pun jadi berat. Jadi aku ambil benang dan cuba menjahit satu lukisan. Dan inilah hasil dia.

Aku main buat je jahitan sulam ni dan tak tengok pun contoh jahitan yang betul. Saje je buat macamtu… sebab nak tengok macammana rupa dia kalau menjahit ikut cara tersendiri. Tapi bila dah sampai pertengahan jalan, baru aku dapat idea macammana nak buat jahitan yang kemas sikit. Sikit je kot… sebab bila tengok gambar nampak macam lebih kurang sama je. Dan masih taktau jahitan yang aku buat tu betul ke tak.

 

Walaupun dari jauh nampak ok dan ‘bolehlah’… korang tak tengok lagi rupa jahitan dia kat belakang macammana.

 

Astaghfirullah hal azim!

 

Selepas habis menyulam, aku rasa macam syok pulak menjahit sulam ni dan rasa macam nak teruskan aktiviti ni pada hari yang lain. Jadi, aku siapkan satu kotak yang khas menyimpan alat-alat menyulam. Kotak dah ada, tapi benang dan jarum yang dibuat khas untuk menyulam pulak takde. Jadi, aku terus beli 250 ’embroidery threads’ secara online. Gila banyak 250 benang… kerasukan apakah ini? Haha… yang penting semua ni harga kurang dari RM50(termasuk pos). Harap-harap dah sampai nanti semua benang ni muatlah dalam kotak tu.

 

Bersemangat sungguh, kan? Adakah aktiviti ini dapat diteruskan? Kita tengoklah nanti macammana.

Jumpa lagi ^_^