Photobook dan kisah ringkas ketika di Jepun

Photobook pun dah sampai. Bila benda ni dah sampai, rasa malas pulak nak update cerita tentang perjalanan travel ke Jepun aritu. #jangankecamsaya. Lagipun ada ke yang nak baca 😛 Meh aku kongsikan sikit pengalaman aku kat Jepun aritu:

  • Orang Jepun ni kebanyakannya baik-baik belaka. Diaorang sangat hormat orang lain walaupun tak tahu asal usul orang tu macammana. Sikap diaorang buat aku segan nak buat benda tak elok(contoh buang sampah merata-rata walaupun punyalah susah nak jumpa tong sampah). Dari sudut tu baru aku faham kenapa kes jenayah diaorang sangat rendah. Sejahat-jahat manusia kalau dilayan baik-baik, dia akan jadi baik jugak.
  • Disiplin diaorang boleh dikatakan sangat ketat. Nak buang sampah ada caranya(kena asingkan mengikut kategori) dan kebanyakan rumah ada peraturan yang kita tak boleh menghisap rokok dalam rumah(mesti kat luar rumah). Kalau tak, siren bomba akan berbunyi(pernah terjadi apartment kat depan apartment yang kitaorang duduk, kereta bomba comel datang nak padamkan siren).
  • Kebanyakan kereta diaorang saiz kecil. Macammana rupa kereta mainan Tomica, macamtu jugaklah bentuk kereta diaorang. Sangat comel!
  • Kalau duit tak cukup, korang boleh keluarkan duit kat atm yang ada kat 7 eleven. Kalau tempat lain tu, aku tak sure tapi yang pasti, 7 -eleven je yang ada atm yang boleh keluarkan duit dari negara lain. Money changer sangat susah nak jumpa(elok tukar duit sebelum sampai ke Jepun).
  • Majoriti orang Jepun ni lawa-lawa. Orang yang jaga gate kat shinkansen station tu pun kacak-kacak belaka macam Yutaka Ozaki atau Itsuki Fujii(lelaki) dalam movie ‘Love Letter’. Ada la haritu aku cakap kat kawan aku… “Orang jepun ni kacak-kacak, kan”. Kawan aku yang minat lelaki ala-ala Fahrin Ahmad pun bertanya “Kacak macammana?”. Baru nak bagi contoh, tiba-tiba datanglah seorang pakcik boroi lalu depan kitaorang dan dia menjadikan pakcik tu contoh ‘kacak’ yang aku maksudkan. Sampai hati…. haha!
  • Kebanyakan restoran ramen diaorang muat-muat untuk bilangan pelanggan yang tak lebih 15 orang. Kebanyakan restoran macamtu mungkin sebab orang Jepun ni dah biasa keluar makan sorang-sorang. Jadi, kalau korang nak travel sorang-sorang, takdelah rasa pelik kalau pergi makan kat restoran sana. Kalau nak travel solo, negara Jepun sangat²  aku syorkan untuk travel(terutamanya perempuan).
  • Budget yang dikeluarkan selama 9 hari 8 malam di Jepun termasuk tiket kapal terbang, transport, tempat tinggal dan shopping, lebih kurang RM3, 500.

 

Ni aku kongsikan gambar-gambar menarik masa kat sana:

Buat pertama kalinya terjumpa pekerja Melayu kat restoran Halal ramen ni kat Osaka dan segala kemusykilan aku cakap Melayu jek dengan dia.

 

Buat² tengah mendengar penerangan tentang sayur-sayuran yang dijual oleh tauke yang berkulit putih mengalahkan Michael Jackson di salah satu muzium di Osaka.

 

Berjalan-jalan sehingga kaki rasa macam nak tercabut di waktu malam di Dotonbori, Osaka.

 

Sempat menikmati pokok-pokok yang sudah kekuningan dan daun bertaburan sebelum tukang sapu datang menyapu di salah satu park di Osaka.

 

Bergambar ala-ala mengenangkan nasib diri dan buat² insaf seketika di Kobe sedangkan selepas gambar ini diambil sempat bertanya pada jurugambar ‘ok ke gambar aku?’.

 

Dipandang pelik oleh rusa-rusa di Nara.

 

Walaupun berjalan sampai tak cukup nafas ke sini, sempat jugak ambil gambar Himeji Castle ni di luar sebelum ala-ala ‘hiking’ naik masuk ke dalam istana sampai ke tingkat 7!(macam nak hilang nafas dibuatnya).

Teringat kembali drama Nobunaga Concerto ketika berada di istana Osaka.

Terfikir “Nak terjun ke tak, nak terjun ke tak”… ketika duduk santai di tepi sungai Katsura yang jernih di Arashiyama, Kyoto.

Terpengaruh dengan gambar² kaki di instagram dan mengambil gambar sedemikian di Kobe.

“Angin seperti mengerti mukaku terasa sungguh sejuk ketika ini” di depan NHK studio di Osaka.

Rasa macam nak terjun dan join orang-orang kat bawah ni di Miyajima, Hiroshima.

Pantang nampak laut surut, mesti diaorang berkumpul kat sini di Miyajima, Hiroshima.

Di Bamboo grove, Arashiyama, Kyoto ini terasa seakan-akan berada di pasar malam dan tak boleh bayangkan macammana ada orang boleh ambil gambar ‘takde orang’ kat sini.

Rasa macam taknak balik masa dok seharian di Arashiyama, Kyoto.

Last sekali… hiburkanlah diri anda dengan sebuah lagu dari Yutaka Ozaki…. <3

Sharing is caring!