Q & A | Boleh tak jahitkan baju ni?


Hai semua. Harini nak kongsikan soalan yang selalu orang tanya macam…

Q: Disebabkan you suka menjahit, boleh tak jahitkan baju/tudung untuk I?

atau

Q: I nak menjual tudung. Boleh tak jahitkan paling kurang 50 tudung untuk I jual?

A:

Minta maaflah… tanpa berfikir panjang sudah semestinya jawapannya NO.

Dan kalaulah korang baca ni dan terfikir “Bukan ke dia ni minat menjahit. Takkan nak minta tolong jahitkan pun tak boleh?’. Korang, soalan ni dah biasa sangat ditanya dan selalu setiap kali upload video atau gambar hasil jahitan, ini lah soalan favorite yang orang nak tanya.

Jadi, harini aku nak bagitau sebab kenapa tak terima tempahan untuk menjahit.

Sebab utama kenapa aku tak jahit baju/tudung/etc untuk orang lain… sebab niat asalnya hanya nak berkongsi idea dengan orang yang minat menjahit untuk diri dia sendiri je. Tak semua orang yang minat menjahit berminat menjahit baju orang lain dan tak semua mampu beli tudung atau baju harga beratus-ratus ringgit yang jahitan dia kemas dan berkualiti. Tapi kalau nak sesuatu yang macamtu, rasa puas kalau kita menjahit sendiri je. Walaupun banyak masa yang digunakan, jadi ke tak tu belakang kira. Yang penting, kita dah cuba. Sebabtu jangan bising kalau barang ‘handmade’ biasanya mahal sebab memang patut harganya macamtu selepas kita fikirkan masa dan tenaga yang dikeluarkan walaupun ada yang komplen “alah… harga benang tak sampai RM1 pun nak caj RM100”. Kalau fikir macamtu, orang yang kerja pejabat sepatutnya tak payah bagi gaji sebab pejabat, komputer dan lain-lain semua dah ada.

Kalau nak tengok susah perit menjual barangan handmade, bolehlah tengok drama ni(Beppin-san)

Selain tu, tak minatlah nak berdepan dengan deadline dan karenah orang bila menjahit baju orang lain ni. Rasa hilang keseronokan menjahit bila kita terpaksa ‘push’ diri kita untuk menjahit. Walaupun orang yang bertanya tu baik sungguh, jawapan dia tetap NO.

Lainlah kalau pekerjaan utama kita memang seorang tukang jahit, kan.

^_^