“Quotes” yang Memberi Semangat dan Membuatkan Kita Ketawa Ketika Menjahit

Hai semua,

Di Pinterest, membaca ‘quotes’ yang memberi semangat untuk kita menjahit adalah cara saya mendapat inspirasi. Inspirasi untuk menjahit ni memang sangat perlu sebab saya selalu buat kesilapan semasa menjahit dan bila dah mula pegang ‘seam ripper’, mood untuk menjahit biasanya akan menurun. Dari situlah baru sedar yang menjahit ni bukannya satu kerja yang mudah.

Source images: pinterest.com

Saya suka semua “quotes’ kat atas ni terutamanya:

“To live in a creative life we must lose our fear of being wrong”

Membuat kesilapan itu pasti dalam dunia jahitan. Apatah lagi korang seorang ‘beginner’ macam saya. Sebab buat silaplah baru dapat belajar sesuatu yang baru.  Sebab buat silaplah, baru kita rasa usaha kita tak cukup lagi. Sebab buat silaplah, baru kita tahu kita seorang yang baran ataupun tak. Pendek kata, sebab buat silaplah baru kita dapat mengenali diri kita dengan lebih dekat lagi. Jadi, jangan takut untuk membuat silap.

Sharing is caring!