Review: Buku Dresses

Masa di Osaka haritu, sempatlah singgah ke kedai buku kat sana sebab nak cari buku jahitan. Walaupun tak reti membaca dan bercakap bahasa Jepun, pusing punya pusing akhirnya berjaya juga jumpa rak yang penuh dengan buku-buku jahitan. Memang agak lama jugaklah nak membelek buku-buku kat situ dan akhirnya aku pilih buku ni. Disebabkan buku jahitan yang fokus pada ‘dress’ belum lagi ada dalam koleksi, aku pilih buku ni tanpa berfikir panjang. Dalam buku ni ada pelbagai jenis dress yang menjadi idaman peminat ‘dress’, contohnya macam….

 

 


 

 

 

Yang paling best sekali pasal buku jahitan jepun ni, biasanya dia akan tunjukkan cara menjahit secara step-by-step daripada salah satu pakaian yang dipilih. Walaupun tak tahu membaca bahasa Jepun(Google translate kan ada), gambar-gambar yang dia tunjukkan sangatlah membantu.

 

 

 

Untuk jahitan baju yang lain, dia akan tunjukkan gambaran macam ni… (kalau dah biasa menjahit baju, biasanya kita akan faham apa yang dia nak sampaikan walaupun tak tahu membaca bahasa Jepun).

 

Pattern(pola) untuk setiap pakaian ada dilekatkan dalam buku ni dan dia bagi pattern untuk saiz S, M dan L sahaja(ikut badan orang Asia macam kita-kita ni).

 

Di bahagian belakang buku ada bagitau harganya… 972 yen(tak termasuk tax 8%). Kalau tukarkan dalam duit Malaysia, lebih kurang RM40 sebuah. Tapi kalau di kinokuniya(Malaysia), mungkin harga jual dia dalam RM60-RM80 satu. Agaknyalah…

 

Pattern baju dari buku-buku jahitan Jepun ni biasanya akan ada satu atau dua yang sama patternnya dengan buku jahitan Jepun yang lain. Kalau dah ada buku jahitan Jepun yang lain, eloklah belek² dulu buku yang nak dibeli tu sebelum membelinya. Kalau beli kat Jepun(InsyaAllah semua kedai buku kat sana ada jual buku jahitan), jangan lupa tambah 8% GST dari harga yang ditunjukkan di belakang buku(biasanya akan ditambah semasa bayar di cashier). Kalau tak silap, kalau kita bayar lebih 5,400 yen barulah dapat ‘tax free’. OK, tu je. Jumpa lagi.

Sharing is caring!

  • Ida Mia

    Ada gambo dress comey2 lg jgn lupa kongsi ya, nak cr ilham wat baju raya kak long mia, hihi… ?

    • Fadz

      oraaaaaaaaiiittt… nanti aku update, InsyaAllah!
      Terima kasih sbb bagi idea! ? <3

      • Ida Mia

        Aku yg ptt ckp time kasih sbb ko sudi nak kongsi psl ni, hihi…
        Dah nmpk post psl dress/jubah tu, tp x smpt lg nak baca..huhu…

        • Fadz

          Aku berazam tahun ni nak buat blog menjahit dan bermanfaat sikit… taknak merepek-repek hihi!!