Review Buku: Stylish Party Dresses

Hujan renyai-renyai di luar menandakan itu adalah waktu yang paling best kalau nak membelek buku. OK, harini kita nak review buku jahitan dari Yoshiko Tsukiori yang mengandungi 26 pattern pakaian yang sesuai dipakai ke ‘party’. Saya dah ada buku beliau sebelum ni iaitu “Stylish Dress Book” dan buku tu antara buku yang paling saya sayang sebab itu adalah antara buku jahitan Jepun yang pertama yang saya beli dan telah dirujuk beberapa kali.

Dua buah buku diatas adalah buku yang sama, bahasa je berlainan. Buku ni boleh dikatakan dah lama jugak sebab sebelum ni saya pernah belek buku yang berbaju merah tu beberapa kali di Kinokuniya. Tapi masa tu buku tersebut dalam bahasa Jepun sepenuhnya dan buku dia agak besar kalau nak dibandingkan dengan buku edisi Bahasa Inggeris. Harga dia pun dekat RM100 untuk sebuah buku yang besar tu… mungkin sebab kualiti buku dia.

Jenis-jenis pakaian yang boleh dijahit dan semua pattern untuk pakaian² ni ada disediakan di belakang buku. Sekarang nak tunjuk baju apa yang saya berkenan dalam buku ni….

Selain daripada melihat baju-baju yang ditunjukkan, saya suka juga tengok macammana gambar² model ni diambil. Cara diaorang bergambar memang lain daripada gambar yang kita biasa tengok kat majalah. Kadang-kadang terasa nak cuba ambil gambar macamtu… nampak ‘humble’ tapi ‘fresh’.

Selepas ditunjukkan pakaian-pakaian yang kita boleh jahit, kita akan nampak mukasurat kat atas ni pulak. Dia akan terangkan secara teliti apa yang kita perlu tahu sebelum kita mula melakar pattern. Boleh dikatakan semua buku jahitan Jepun akan ada mukasurat seperti ni.

Mukasurat ni pulak menunjukkan arahan macammana menjahit pakaian yang kita nak. Dia akan beritahu panjang kain, kain jenis apa dan arahan secara bertulis dan gambaran teknik jahitan untuk memudahkan kita menjahit. Disebabkan saya pun bukanlah pakar dalam dunia jahitan, buku macamni sangat membantu. Walaupun buku jahitan Jepun yang lain kebanyakannya ditulis dalam bahasa Jepun sepenuhnya, Insyallah kita masih boleh ikut arahan dia sebab dia akan lukis gambaran cara menjahit tu dengan sangat sempurna.

Seperti yang saya bagitau tadi, memang lakaran pattern nya akan diletakkan di belakang buku seperti yang ditunjukkan diatas.

‘Cover’ di belakang buku ditunjukkan baju-baju yang akan kita lihat di dalam buku nanti. Ini memudahkan kita untuk tahu baju apa yang ditunjukkan dalam buku ni. Selain tu, buku ni dicetak di Malaysia dan harganya biasanya dalam USD iaitu $16.95 sebuah. Darablah 4 kalau nak tahu harga dalam Ringgit Malaysia.

OK, apa yang saya boleh kata… buku jahitan macamni sesuai untuk orang yang tak reti atau malas nak melakar pola sendiri(macam saya). Tapi bila kita kerap melakar pola, lama-kelamaan kita akan faham macammana pola tu dibuat. Setiap orang ada caranya tersendiri macammana dia belajar menjahit. Tapi buku ni memang banyak membantu sebenarnya… ikutlah samada kita rajin melakar pattern dia yang serabut tu ataupun tak.

 

Sharing is caring!