Rutin Jahitan… Pagi, Petang atau Malam?

 

Mood nak menjahit ni biasanya naik turun. Kalau terlampau rajin, boleh menjahit seharian dari pagi sampai malam. Kalau jahitan semua menjadi, memang rasa seronoklah. Cuba kalau tersilap sikit, kadang² mood nak menjahit tiba-tiba hilang dan terperaplah baju yang tak siap tu dalam almari buat selama-lamanya(kalau minat nak sambung menjahit baju tu dah hilang).

Bila sebut pasal UFO(dalam bahasa jahitan maksudnya ‘Unfinished Objects’), nasihat dari lladyird ni pun ada betulnya jugak….

“To me, UFOs just contribute to wasting time. It’s one thing to set something aside if it’s frustrating you, but you shouldn’t make a habit of picking up a new project and starting over, because it can quickly get out of control. I made peace with myself a long time ago and decided to eliminate the UFOs in my sewing room and finish every.single.project, even if it killed me.”

*menunduk dengan penuh keinsafan*

Saya jarang tetapkan waktu untuk menjahit. Tapi yang pasti, waktu tengahari dan petanglah yang biasanya rasa kurang bersemangat nak menjahit. Pernah juga menjahit waktu pagi selepas solat Subuh… terus tak ingat mandi pulak sebab terlalu syok menjahit. Waktu petang… macam yang disebutkan tadi, terus dah tak kusyuk mungkin sebab waktu tu saya bersemangat buat kerja lain(kalau ikut jadual memang dah tetapkan kena buat kerja lain). Waktu malam… belum pernah cuba lagi.

 

Tilly and the buttons pernah kongsikan rutin jahitan dia….

“I get up at 6.30am, have breakfast, then sit at my sewing table for 15 – 20 minutes or so. I’ll admit I don’t manage to do the sewing part every day, but I’m trying to make it a habit – and it feels good :)”

 

Sewdaily pulak lain caranya….

“Lately, I have a new formula: Each night before I go to bed, I try to do one step in the pattern instruction. One step. That’s it.
No matter how tired I am, I try to sit down in front of the sewing machine and make a tiny bit of progress. Sometimes I do more. Most nights I accomplish this simple sewing goal. And it’s amazing how much I can get done this way.”

Selepas membaca kedua-dua rutin jahitan kat atas ni, mesti ada yang tiba-tiba rasa bersemangat nak cuba apa yang diaorang buat, kan. Saya tertarik dengan cara Sewdaily. Mungkin sebab saya tak pernah terfikir nak menjahit pada waktu malam. Tapi apa yang menarik sekali bila dia kata setiap malam dia hanya buat satu langkah sahaja… terus saya terfikir “aku kena cuba ni!” sebab menjahit lama sangat pun tak best jugak. Kadang-kadang boleh buat kita menjadi bertambah stress terutamanya bila kita dah buat silap.

Rutin jahitan korang macammana pulak? Selalunya menjahit pagi, petang atau malam? Teringin juga nak tahu… share ye. Jangan malu-malu.

 

P.S: Kalau ada masa, bacalah blog blogger² diatas sebab diaorang semua dah tahap otai dalam bidang jahitan. 🙂

 

Sharing is caring!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge