Style Journal: Skirt Labuh, Blouse Putih dan Harga bawah RM50

Baru-baru ini singgah sekejap ke website polyvore dan baru sedar dah hampir 5 tahun tak buat apa-apa kat situ. Sebelum jumpa polyvore, saya suka edit gambar dan bermain dengan pelbagai jenis stail pakaian di looklet(sekarang website ni dah berubah ke arah bisnes sahaja). Tapi tahun ni rasa nak buat hobi ‘bermain dengan outfits’ tu lagi dan cari stail yang lebih kurang sama dengan hasil yang dijumpai di polyvore seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas.

Harini saya nak kongsikan dengan korang semua stail yang sama seperti yang ditunjukkan diatas dengan harga dibawah RM50 setiap satu. Pakaian dan warna mungkin agak berlainan tetapi stailnya tetap sama.

SKIRT LABUH

Skirt labuh merupakan pakaian asas yang MESTI ada di dalam almari wanita yang bertudung. Apa yang penting, skirt mestilah tidak jarang, tidak terlalu pendek sehingga nampak buku lali dan membuatkan kita mudah bergerak. Walau apa pun skirt yang dipakai, ‘kain dalam’ wajib dipakai juga. Antara skirt labuh yang memenuhi syarat untuk wanita bertudung ialah skirt Naura dan harganya hanyalah RM39!

 BLOUSE

Blouse putih antara pakaian yang paling ditakuti bagi sesiapa pun untuk dijaga tetapi blouse ini dapat menyerlahkan gaya ‘clean and sophisticated’ walaupun blouse tersebut nampak simple. Walau apa pun alasan, sebaik-baiknya sehelai blouse putih mesti ada di dalam almari. Antara cara mudah untuk menjaga blouse putih ni ialah dengan mengasingkan blouse ini dengan pakaian yang berwarna kalau nak membasuhnya. Paling senang, basuh tangan je. Blouse sebegini boleh didapati di Padini outlet dengan harga RM29.90!

 TUDUNG

Rasanya yang ni takde masalah sangat. Bab tudung ni ikut keselesaan masing-masing. Tapi seelok-eloknya pakailah tudung ‘cotton’ atau ‘polyester’ kalau blouse kita tadi fabriknya dibuat daripada ‘cotton’ jugak. Kalau nak tudung bercorak yang cantik, boleh beli di shopee dengan harga RM10!

 JAM TANGAN

Walaupun zaman millennial ni ramai yang lebih suka tengok jam di hp tapi apa kata tahun baru ni kita cuba memakai jam setiap masa(bercakap dengan diri sendiri). Sekarang terdapat pelbagai pilihan jam dan kalau tak suka pakai gelang, pakai jam pun sebenarnya dapat menyerlahkan keyakinan kita. Korang boleh dapat jam lebih kurang sama seperti di gambar disebelah ni di Lazada dengan harga RM30.30!

 BEG TANGAN

Bagi saya, ‘sling bag’ nampak lebih sesuai dipadankan dengan gaya kita kali ni. Lagipun saya suka jenis beg macamni daripada jenis beg yang lain. Beg yang saya ada sekarang pun masih dalam keadaan baik walaupun dah dibeli lebih 5 tahun yang lepas di Brands Outlet. Tapi boleh juga beli di shopee dengan harga RM22 sahaja!

 STOKIN

Disebabkan kaki juga adalah aurat, jangan lupa memakai stokin. Fabrik untuk stokin ni pun penting juga… mestilah tak jarang dan selesa dipakai. Stokin yang menepati syarat yang disebutkan tadi boleh dibeli di uniqlo dengan harga RM39.90(untuk 3 pasang stokin)! Warna stokin boleh dipadankan dengan warna pakaian kita tapi kalau nak mudah, pilih je warna hitam 🙂

 SANDAL

Saya suka sandal macamni sebab selesa dan nampak cantik bila dipakai dengan stokin. Sandal sebegini boleh dibeli di Vincci dengan harga RM49! Kalau nak murah lagi, beli je kat shopee dengan harga RM31!

 

P.S: Setiap harga mungkin akan berubah mengikut waktu tertentu.

Sharing is caring!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge