Sulaman Tangan: Kisah Disebaliknya

Dalam video diatas, saya kongsikan tentang:

Macammana minat untuk membuat sulaman tangan boleh timbul?

Kalau anda semua dah biasa membaca blog ni, mesti tahu saya peminat drama asadora, kan.  Beppin-san adalah salah satu drama yang paling saya minati sampailah sekarang. Disebabkan saya bukanlah jenis yang suka bercakap banyak, ada beberapa perkara yang tak dikongsikan didalam video tersebut. Antaranya ialah:

  • Dalam drama tersebut, ada satu watak(kawan Sumire) yang mengalami penyakit ‘depression'(dalam drama tak disebut apa penyakitnya tapi saya dapat lihat dia ada kemurungan). Dia berjaya mengatasi penyakit tu selepas bersama-sama dengan Sumire membuka kedai menjual barangan ‘handmade’. Dia ada sebut aktiviti menjahit dan menyulamlah yang membuatkan dia menjadi semakin gembira dan sihat. Saya pun teringin nak menjadi macam dia jugak dan dari situ nak ikut apa yang dia buat iaitu menyulam dan menjahit.
  • Disebabkan saya minat berbisnes, dalam drama tersebut kita boleh nampak macammana Sumire membuka kedai daripada tak tahu mengira untung rugi kedai sehinggalah dia berjaya membuka syarikat sendiri. Kalau dah biasa tengok drama Jepun, mesti tahu yang biasanya sesuatu watak akan diceritakan secara detail. Jadi, kita boleh nampak yang bisnes ‘handmade’ ni adalah satu perniagaan yang menguntungkan tapi tetap ada caranya.
  • Saya dapat rasakan watak Sumire ada persamaan sedikit dengan diri saya sendiri. Sumire adalah seorang yang kurang bercakap dan ‘low self-esteem’ ketika kecil tetapi disebabkan dia sangat berminat dengan sulaman tangan, dia semakin berani dan menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi. Saya malu sebenarnya nak buat video ni. Tapi kalau tak buat, takut di masa akan datang nanti rasa menyesal pulak tak buat walaupun ‘struggle’ juga nak membuatnya. Lagipun saya nak tengok apa peningkatan yang saya dapat selepas membuat sesuatu yang baru.

Apa perkakas yang perlu disediakan?

Yang ni saya ada ceritakan secara teliti didalam video. Tapi disini saya listkan ‘link’ dimana korang boleh beli:

Soalan-soalan lain ada dijawab didalam video. Harap-harap itulah soalan² yang mungkin korang tertanya-tanya selepas melihat sulaman tangan yang saya buat sebelum ni.

InsyaAllah saya akan terus membuat video dan berkongsi dengan korang semua aktiviti² menyulam dan menjahit yang dibuat. Untuk membuatkan video² saya nampak seronok, mungkin ada kelainan yang dibuat yang tidak berkait rapat dengan dunia jahitan.

InsyaAllah kita akan bertemu dalam video akan datang.

Sharing is caring!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge