Sulaman Tangan: Menyulam Bunga Ros Pink

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Benang khas untuk menyulam
  • Jarum khas untuk menyulam
  • Kain belacu
  • Embroidery hoop

 

Cara membuatnya:

  1.  Mulakan dengan melukis garisan seperti bentuk bintang. Pastikan setiap garisan mempunyai kepanjangan yang lebih kurang sama.
  2. Masukkan jarum dari luar garisan ke titik tengah(jangan masukkan benang diatas satu sama lain). Ulang langkah ini sehingga setiap garisan telah disulam.
  3. Kemudian selitkan benang berselang seli dibawah benang yang sudah disulam sehingga ianya berbentuk bunga ros.

 

Kisah disebaliknya:

  1. Benang sulam boleh dibeli dengan harga yang murah jika dibeli dengan kuantiti yang banyak. Sesuai untuk orang yang tak pasti nak menyulam apa sebab dalam satu beg dia akan beri bermacam-macam jenis warna benang.
  2. Merupakan pertama kali saya menyulam dengan serius dan betul(mungkin). Sebelum ni pernah juga meyulam tapi beristighfarlah bila tengok hasil sulaman tu. Semua ada diceritakan dalam entri blog yang lepas.
  3. Video ni akan bersambung dan silakan ‘subscribe’ di youtube channel saya ye 😉

Sharing is caring!