Sulaman Tangan: Menyulam Lakaran

Beberapa hari lepas, saya ada ‘list’kan 4 akaun instagram yang memberi inspirasi untuk menyulam dan terdapat satu akaun yang membuatkan saya teringin nak cuba teknik yang dia buat. Akhirnya, terhasillah sulaman tangan ini walaupun tidaklah terlalu sempurna.

Bahan-bahan yang saya gunakan:

  • Kain cotton – kalau nak dikutkan, kain belacu yang digunakan didalam video menyulam haritu lebih OK daripada kain yang digunakan kali ni.
  • Benang biasa – sebenarnya dah cuba beberapa kali guna benang sulam tapi disebabkan benang tu terlalu tebal, saya buka balik dan guna benang biasa sahaja.

Sebelum memulakan sulaman tangan ini, kita perlu melukis dulu. Lukisan ni saya jumpa di google, saya ‘save’ gambar dalam tab, letak kain atas tab dan lakarkan. Kalau boleh gunakan pen fabrik yang dakwatnya boleh hilang bila terkena air. Pen ni saya beli kat Daiso.

Untuk teknik sulaman, ‘split stitch’ dan ‘backstich’ digunakan untuk menyulam setiap garisan dari lakaran kita tadi. Sebenarnya, kedua-dua teknik ni saya guna secara berselang seli megikut bahagian yang sesuai. Untuk bahagian rambut, saya tak pasti nama teknik sulaman dia. Kalau ada yang tahu, bagitau ye.

Saya suka cara menyulam macamni sebab dia tak makan masa yang sangat lama seperti kita menyulam huruf dan kebanyakan teknik yang digunakan mengikut kekreatifan kita sendiri. Kalau selepas ni dapat menyulam macamni lagi, rasanya bahagian rambut tu nak cuba guna benang berkilat pulak. Biar nampak rambut dia sihat dan berseri.

Saya tak buat video untuk sulaman tangan kali ni. Tapi video DIY menggunakan hasil sulaman ini akan dibuat sebentar lagi. Video apa yang nak dibuat tu? Tunggu entri blog saya malamni, InsyaAllah.

Sharing is caring!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge