Terpaksa Lupakan Blog Seketika


Nak diikutkan hati ni nak menulis sekerap yang boleh dan berDIY segala di blog ni. Tapi disebabkan dah bekerja di tempat baru, rutin harian aku yang selalu berblog di pagi hari terpaksa ditangguhkan seketika…. sehinggalah aku dah serasi menulis blog sebelum atau selepas pergi kerja nanti. Keputusan bekerja ni boleh dikatakan keputusan yang tiba-tiba(2 hari selepas interview terus boleh masuk kerja). Tujuan sebenar hanya nak menolong tapi tengoklah kalau serasi, mungkin pekerjaan ni akan diteruskan. Lagipun aku ada sebab kenapa aku terima pekerjaan sekarang ni(mestilah tujuan yg baik).

Tak boleh tulis panjang² sebab aku dah nak masuk tidur. InsyaAllah sampai masa nanti aku akan cuba menulis di blog ni balik. Tapi sebelum tu, aku nak serasikan diri dengan rutin harian yang baru ni dulu.

 

Jumpa lagi….

 

P.S: Benang sulam dah sampai!